adsense Kira Duit Kertas Sekalipun Tiada Penglihatan - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kira Duit Kertas Sekalipun Tiada Penglihatan

Tiada Sebab Anda Tak Berniaga!

Tahukah anda, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Nak rezeki lebih, berniagalah! Tak kisahlah berniaga part time ke, full time ke...

Nak buat part time di internet, di facebook pun boleh. Seperti saya memulakan bisnes internet pada 6-7 tahun yang lalu. (ketika tu, jual produk ebook dan jalankan pemasaran affiliate serta blogging sikit-sikit). Saya buat part time...

Kini, masih ramai rakan-rakan saya jalankan bisnes internet part time saja. Ramai yang jana 4-5 angka sebulan. Ada Doktor, ada ahli farmasi, ada techinician, ada jurutera, dan sebagainya.

Nak tambah rezeki, Berniagalah...

Insya-Allah, anda berniaga dengan niat kerana Allah, jujur, anda akan memperolehi rezeki-Nya.

Tiada Alasan Untuk Anda Mula Berniaga
Ramai orang, mengadu, bising sebab pendapatan tak cukup. Minyak naik, semua orang bising. Harga barang naik, semua orang akan marah. Gerak mana-mana kena bayar tol, siapa tak hangin! (saya pun tak sokong kenaikan harga-harga barang/tol/minyak ni), tapi kita sendiri perlu cari jalan untuk menambahkan pendapatan, rezeki kita...BISING SAJA TAK SELESAIKAN MASALAH KITA!

Saya sering syorkan mereka yang ingin menambah pendapatan supaya memulakan PERNIAGAAN.
Akan tetapi...Bila diajak berniaga, ada saja alasannya :
1) "AKU TAK RETI LAH..TAKDE PENGALAMAN"
2) "SORY BRO..WA TAKDE MASA NAK NIAGE"
3) "AKU DAH CUKUP DENGAN REZEKI YANG ADA. KALAU NIAGA, KAYA, AKU JADI SOMBONG, KEDEKUT PLAK"
4) "KAU BUAT DULU..KAU DAH BERJAYA, KAU AJAR AKU..AKU FOLLOW"
5) "TAKNAK LAH NIAGA! RISIKO TINGGI..HABIS DUIT AKU NANTI"
6) "ORANG NIAGA NI BANYAK TIPULAH!"
7) "MALASLAH AKU..NAK JUMPA-JUMPA, CAKAP-CAKAP DENGAN ORANG NI. (KERA SUMBING)

Hahaha. Bermacam-macam alasan. Alasan-alasan ini saya jumpa sejak 15 tahun lalu, yang mana saya dah terlibat dalam banyak bisnes seperti pasar malam, bisnes lelong kecil-kecilan, jual ayam goreng, xpo, niaga MLM, niaga nasi lemak dari bilik-ke-bilik di hostel, niaga rokok seludup di U (hohoho..kantoi), niaga tudung, dan berniaga di internet...

Bagi mereka yang seperti disebutkan di atas, apakata...

CUBA LIHAT PAKCIK DALAM VIDEO INI :


Ketika saya ronda-ronda di pasar minggu Kuala Besut, Terengganu, saya tertarik melihat pakcik yang memiliki KELAINAN UPAYA, di mana pakcik ni adalah seorang yang BUTA. Beliau BERNIAGA...

Berniaga tuala, sapu tangan...

Yang menariknya, beliau
1) BERNIAGA SORANG-SORANG AJE...takde pembantu!
2) BOLEH KENAL DUIT YANG DITERIMA...DUIT NAK DIPULANGKAN
3) LAYANAN KEPADA PELANGGAN PUN BAIK.
4) MAMPU MENERANGKAN PRODUK KEPADA PELANGGAN..
5) MAMPU BERNIAGA DARI 8 PAGI KE 1 PETANG..lama tu!

Jika anda masih belum nak berniaga, tapi ada niat untuk tambahkan rezeki untuk diri dan keluarga, ANDA LIHAT PAKCIK INI DAHULU..

Segala kukurangan, kelemahan diketepikan untuk BERNIAGA. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berniaga...

JIKA PAKCIK NI BOLEH BERNIAGA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ?

Renung-renungkan...

Ditulis Oleh Sifu FB Ads
0 Komentar untuk "Kira Duit Kertas Sekalipun Tiada Penglihatan"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info