adsense EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 4 - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 4




Christmas Midnight Show
Catatan keempat
=====================
Sambungan,

Saya tergamam dan tersentak mendengar.

Anak kecil di kem pemindahan dalam keadaan tenat. Mereka mahu berpindah dengan trak tentera ke hospital berdekatan.

Saya menghalang.

Tidak akan ada satu pun kenderaan yang dapat masuk ke Badang. Inikan pula untuk keluar. Sahabat saya yang membawa bantuan bersama trak tentera yang terkandas tadi memberitahu bahawa trak itu bukan berpatah balik tetapi tenggelam ke perut bumi akibat arus deras. Mereka berpatah balik dengan bot. 

Innalillah....

Badang adalah ground zero!

Saya tidak mahu memperjudikan trak tentera sedia ada. Kami sangat-sangat memerlukannya kerana paras air semakin menjalar ke atas kaki kami.

Anak kecil itu dibawa ke klinik saya. Rupa-rupanya anak kecil itu terkena sawan sebanyak 2x. Untuk bayi sekecil dan semuda 2 bulan ini hanya tepid sponging yang mampu kami offer. Baby ni kelihatan slightly dehydrated. Paru-parunya juga kedengaran crepitation. Dengan venous line sehalus rambut, saya gagal memberikan IV drips kepada anak tersebut selepas tiga cubaan.

Selang sejam anak itu kembali mendapat sawan. Selepas seminit saya bersedia untuk memberi PR diazepam. Kemudian sawannya kebah kembali.

Ya Allah....kasihanilah anak ini. Saya terpaksa menyampaikan berita buruk kepada pasangan muda. Saya mahu mereka bersedia jika Allah ingin mengambil anak kecil itu.

Sama juga seperti pesakit MVA saya, saya titipkan pesanan kepada mereka utk terus berdoa dan menghubungi ahli keluarga lain.

Pesakit MVA kami kini menunjukkan prognosis berbeza. Ada yang semakin sedar dan ada juga semakin tenat. Yang sedar saya khuatiri akan simptom lucid interval. Yang tenat, saya risau akan pergi dalam hembusan nafas tidur yang terakhir.

Saya keluar daripada hiruk pikuk di zon kecemasan klinik memerhatikan situasi kami. Seperti dijangka air pasang menyukarkan keadaan kami.

Jam 1130 malam, "Doktor, ada pesakit nak beranak!".

Allah, ujian lagi.

Bilik doktor saya ubahsuai menjadi labour room. Kami terputus bekalan air. Mujur kami mempunyai beberapa tong air mineral. Pesakit muda anak pertama. Selepas melakukan pemeriksaan, pesakit dalam keadaan early labour.

Kini, saya sedang menunggu ibu muda melahirkan anak sulungnya, seorang bayi yang tenat bersama dua pesakit yang disyaki ICB.

Saya perlu berehat kerana saya hanya tidur 3 jam sejak semalam. Badan sudah terasa sengal dan mata sudah layu tapi otak masih memutarkan pengalaman sedih tadi.

Semasa di tikar sejadah, saya merayu kepada tuhan agar diringankan ujian kami dan diberi kekuatan kepada semua mangsa banjir. Air mata jantan mengalir deras. Adakah kami akan turut tenggelam dan meninggalkan dunia yang fana? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Oh ye, ada yang berkata dalam keadaan sibuk masih sempat berkongsi cerita. Saya terpaksa. Jika tidak anda di luar tidak akan tahu situasi kami kerana wartawan pun tidak mampu meredah banjir dan membahayakan nyawa hanya untuk secebis berita biasa.

Juga, jangan lupa untuk kongsikan kisah ini kepada pihak atasan agar keluhan dan rintihan kami mangsa banjir dapat terus didengari. Teruskan menderma.

Selamat Malam Dunia Bawah Air.

Ikhlas,
--------------------------------------------------------------------------------

PENDEDAHAN EKSKLUSIF KISAH SURVIVAL KLINIK BADANG DILANDA BANJIR "BAH MERAH 2014" OLEH DR.AFIQ RAHIM
>>> CATATAN 1
>>> CATATAN 2
>>> CATATAN 3
>>> CATATAN 4
>>> CATATAN 5
>>> CATATAN 11

--------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 4"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info