adsense EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 11 - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 11


Sakinah dikala Angin Kencang
29/12/14
Catatan ke-11
=======================

Jam 1.30 pagi.
Dua orang ibu telah sampai dan memberitahu mempunyai simptom-simptom bersalin. Saya meminta Sister Norlaila dan SN Nik untuk melakukan pemeriksaan lanjut sementara saya dan Dr Faizal berdoa agar fasa bersalin masih awal. Saya sedar jika berlaku komplikasi di sini, kami tiada alternatif pengangkutan ke HUSM melainkan terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Selesai melakukan pemeriksaan, seorang ibu yang telah mempunyai 3 orang anak telah keluar sedikit air ketuban/PROM manakala seorang lagi dalam fasa awal kelahiran. Kami semua berasa lega. Kami meminta mereka merehatkan diri sementara kami pula bergilir-gilir melakukan pemantauan ke atas pesakit.

Sebelum kami mengambil port untuk berehat, suami ibu kepada 3 org anak itu berkata kepada SN saya:

"Biasanya, dia ni beranak cepat"

Aduh, tamparan buat kami. Namun, kami hanya mampu tawakal kepada-Nya. Hanya Dia yang akan mempercepatkan atau melambatkan sesuatu perkara.

Meredah banjir menghantar ibu ingin bersalin ke HUSM.


Jam 6.30 pagi.
Saya dikejutkan Dr Faizal. Saya terus bangkit kerna khuatir niat beliau memanggil saya adalah untuk membantu bersama menguruskan ibu bersalin tersebut. Oh rupanya untuk solat Subuh. Saya benar-benar kepenatan hingga tidak sedarkan diri bagai diberi sedatif kuat. Usai solat, kami melakukan melakukan pemeriksaan sekali lagi. Alhamdulillah kedua-dua pesakit sudah tidak mempunyai contraction. Namun saya tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Saya menghubungi bilik gerakan banjir dan memohon sebuah bot. Ya sebuah bot bukan helikopter. Saya berpendapat, keadaan saya tidaklah terlalu kritikal dan biarlah bantuan udara diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Cukuplah saya telah banyak menyusahkan mereka semalam.

Klinik saya didatangi ramai staff kesihatan yang bekerja di merata tempat tetapi ingin melapor diri dan membantu di sini kerana jalan darat khabarnya masih tidak boleh dilalui. Hinggalah Sister Izura hadir dan memaklumkan kami satu berita gembira.

Jalan darat akhirnya boleh dilalui melalui 'retok'/jambatan kecil Che Deris. Itupun dengan menggunakan kenderaan 4x4 sahaja. Satu berita yang sangat mengujakan saya. Segera saya memaklumkan kepada bilik gerakan akan situasi semasa kami. Kemudian pihak tentera menghubungi saya. Mereka bersedia untuk masuk dengan trak besar 3 tan bersama bantuan makanan namun saya memaklumkan hanya jeep tentera sahaja boleh melalui 'retok' tersebut. Kedua-dua pihak hampa.

Skuad Kesihatan yang setia berjuang memberi khidmat kesihatan di kawasan Badang.


Jam 10 pagi.
Pasukan saya bersiap sedia untuk membawa kedua-dua ibu keluar daripada zone bahaya ke HUSM dengan menaiki land rover klinik. Di tengah kesibukan kami untuk bergerak ke sana, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan saya. Turun seorang ibu mengandung memegang erat perut dan pinggulnya.

"Nak beranak ke?" Tanya saya dan ibu itu segera mengangguk dan mengiyakan pertanyaan saya.

Hormon Adrenaline saya telah kehabisan. Saya dengan perasaan tenang membawanya masuk ke kamar bersalin dan meminta SN Osnita melakukan pemeriksaan. Alhamdulillah, ibu itu juga dalam peringkat awal bersalin. Segera saya memuatkannya di dalam land rover sempit itu. Mereka perlu bersabar dengan sedikit kesempitan tersebut. Saya menghantar Dr Faizal menemani mereka dan seterusnya pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Pengkala Chepa.

Saya meneruskan misi kami pada hari ini. Memandangkan kekuatan ke'tenteraan'an dan jentera kesihatan saya bertambah, saya mengagihkan beberapa skuad Jururawat Masyarakat/JM untuk nursing di kesemua pusat pemindahan dan memburu ibu-ibu mengandung yang sudah 'term'. Saya mahu mereka yang berisiko untuk bersalin, dievakuasi ke tempat lebih selamat/berdekatan dengan hospital bersalin. Alhamdulillah, kami menjumpai beberapa orang yang terkandas akibat banjir dan segera menasihatkan mereka untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Klinik Kesihatan Badang beroperasi seperti sedia kala dengan kekuatan sedia ada. Beberapa orang ahli skuad kesihatan yang setia berjuang memberi khidmat kesihatan bersama saya selama 5 hari berturut-turut sebelum ini dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga tercinta yang berada di seberang sungai. Ops Pembersihan dilakukan di bangunan ibu anak yang terjejas teruk akibat banjir dan selut lumpur.

Dr Haza dan suami juga hadir melapor diri untuk membantu saya. Tidak lama selepas itu Dr Haziah, MO in charge KK Badang juga hadir setelah terkandas di luar kawasan kami akibat kenaikan air yang mendadak di rumahnya di Baung. Saya kembali menyerahkan tampuk pemerintahan ke tangan beliau dan memohon diri untuk berehat sebentar pada tengahari.

Banjir semakin surut disemua tempat tetapi bencana masih belum pulih di Kelantan. Ada sebahagian tempat masih ditenggelami air, terputus bekalan elektrik, telefon dan makanan dll. Seorang staff kami 'stranded' di rumah beliau kerna jalan runtuh dan air masih di paras pinggang serta terputus segala-galanya. Saya meminta driver kami menghantar bantuan makanan kepada dia sekeluarga agar dapat terus survive dan bertahan sekurang-kurangnya sehingga selesai gelombang ketiga.

Bekalan makanan di kedai runcit dan beberapa pusat pemindahan juga telah kehabisan. Begitu juga petrol dan beberapa barang keperluan bayi. Beberapa penduduk kampung mengambil inisiatif meredah sungai dengan menaiki bot pancung untuk membeli petrol di stesen minyak di seberang. Harga petrol yang dijual di dalam botol di sekitar Badang pula melambung tinggi tetapi penduduk yang terjejas jelas tiada pilihan.

Banjir telah surut tetapi kami kini berdepan cabaran pasca bencana. Bekalan bahan mentah sangat berkurangan malahan jika ada dijual pada harga yang keterlaluan. Menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka januari depan, masih ramai mangsa terperangkap di sekolah tersebut kerana kediaman mereka masih dinaiki air bah. Peralatan sekolah musnah teruk manakala persiapan ke sekolah turut terjejas.

Dari sudut kesihatan, wabak penyakit bawaan air kini dalam pemantauan kami. Begitu juga penyakit berjangkit seperti Leptospirosis, Denggi dan Malaria yang dijangka akan mula menyerang selepas ini. Jentera dan fasiliti kesihatan juga musnah teruk. Semua sistem perkhidmatan seperti bank dll bakal tergendala untuk seketika.

Kami bagai dilanda tsunami kecil dan sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada rakyat Malaysia.

Jutaan terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan sukarelawan yang berjuang tanpa henti membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Juga kepada dermawan yang terus menerus menyumbang. Ternyata kemanusiaan masih belum mati di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Teruskan menyumbang apa yang anda mampu. Tuhan pasti akan membalas dengan lebih banyak kebaikan kepada anda.

Salam Pasca Tsunami.

Ikhlas,
Dr Afiq Rahim, DAR

Post Asal : https://www.facebook.com/affick/posts/10152636253831896

--------------------------------------------------------------------------------

PENDEDAHAN EKSKLUSIF KISAH SURVIVAL KLINIK BADANG DILANDA BANJIR "BAH MERAH 2014" OLEH DR.AFIQ RAHIM
>>> CATATAN 11

--------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 11"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info