adsense Sah !!! Pesawat QZ8501 AirAsia Terhempas Di Laut. 40 Jasad Telah Ditemui !!! ( 9 GAMBAR) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Sah !!! Pesawat QZ8501 AirAsia Terhempas Di Laut. 40 Jasad Telah Ditemui !!! ( 9 GAMBAR)


 





Manggar, Belitung Timur: Empat puluh jasad ditemui dan enam jasad mangsa pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 sudah diangkut ke atas kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut (AL) di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan setakat 4.30 petang tadi.

Bupati Pemerintah Kabupaten Belitung Timur, Dr Basuri Tjahaja Purnama, berkata, pihaknya masih menunggu arahan bersedia untuk menerima dan menguruskan jasad berkenaan.

Katanya, pelabuhan Tanjung Rhu di Tanjung Pandan di sini, adalah alternatif terdekat untuk membawa jasad itu berikutan sungai Pangkalan Bun cetek sekali gus tidak boleh dimasuki kapal besar.

"Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) belum membuat keputusan menjadikan pelabuhan Tanjung Rhu sebagai pusat pengumpulan jasad.




"Namun pihak kami sudah bersiap sedia termasuk keperluan ambulan dari Rumah Sakit Tanjung Pandan untuk pengurusan jasad berkenaan," katanya di pusat operasi di sini, sebentar tadi.

Pusat Operasi Pangkalan TNI AL Bangka Belitung Pos TNI AL Manggar ditutup secara rasmi hari ini berikutan penemuan terbaru itu.


Waris pengsan terima berita penemuan jasad

Jeritan tangisan ahli keluarga pesawat QZ8501 sebaik disahkan penemuan pesawat itu jelas kedengaran sehingga seorang daripada ratusan waris pengsan sebelum terpaksa diusung keluar dari Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya tadi.

Malah pusat itu yang seawalnya tenang mula bertukar kecoh apabila ahli keluarga dimaklumkan penemuan terbaru itu.




Wartawan yang berada di lokasi mendapati ada keluarga yang saling berpeluk dan menangis selepas menerima berita itu.

Media tempatan dan antarabangsa turut mengambil kesempatan menggerumuni pintu hadapan pusat ini namun dihalang pegawai bertugas.

Detik suasana sedih dan pilu itu hanya sempat dirakam beberapa seketika sebelum kesemua cermin ditampal dengan kertas dan kain bagi menghalang media merakamkannya.

Ambulans juga sudah ditempatkan di luar pusat ini sebagai langkah persediaan.




--------------------------------------------------------------------------------

PENDEDAHAN EKSKLUSIF KISAH SURVIVAL KLINIK BADANG DILANDA BANJIR "BAH MERAH 2014" OLEH DR.AFIQ RAHIM
>>> CATATAN 1
>>> CATATAN 2
>>> CATATAN 3
>>> CATATAN 4
>>> CATATAN 5
>>> CATATAN 11

--------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "Sah !!! Pesawat QZ8501 AirAsia Terhempas Di Laut. 40 Jasad Telah Ditemui !!! ( 9 GAMBAR)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info