Selat Karimata: Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui dalam keadaan berpegangan tangan ketika pasukan mencari dan menyelamat membuat tinjauan dari udara.
Juruterbang pesawat Hercules A-1319, Lettu Adhi Miswara berkata, selepas menemui jasad pertama mangsa nahas, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan dan menemui kira-kira lapan jasad lagi tidak jauh dari lokasi penemuan jasad pertama .
Pesawat Hercules yang diterbangkan dari Lanud Halimperdanakusuma Jakarta sempat mendarat di Lanud Iskandar Pangkalan Bun sebelum membuat pencarian di wilayah selatan perairan Pangkalan Bun.
Setelah menemui pelampung berwarna oren dan serpihan pesawat, kira-kira 4.30 petang waktu tempatan, mereka menemui jasad mangsa yang dibawa arus ke Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam.
"Ia ditemui di barat dan dekat dengan lokasi pertama," katanya.
Pembantu juruterbang, Erwin Tri Prabowo pula berusaha merakam gambar jasad-jasad itu dengan menggunakan kamera dengan lensa panjang.
"Kami melihat dalam jarak sekitar 5 kilometer, ada kira-kira tujuh hingga lapan jasad lain.
"Satu daripada jasad yang ditemui dalam posisi tertiarap memakai baju putih dan seluar hitam. Selain itu juga ada sekelompok jasad malah ada yang masih berpegang tangan," katanya.
Sementara itu, sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 jasad terdampar ditengah laut ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat AirAsia, kata jurucakap tentera laut.
“Berdasarkan laporan radio tentera laut, dilaporkan kapal perang Bung Tomo sudah membawa keluar 40 jasad dan angka itu meningkat dari semasa ke semasa. Mereka kini terlalu sibuk,” kata Manahan Simorangkir.
Sempat Rakam Gambar Yang Terakhir
Pontianak: Seorang penumpang sempat merakam gambar beberapa minit sebelum dia bersama isteri serta dua anak berangkat menaiki pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Juanda, Surabaya, pagi semalam.
Gusti Made Bobi Sidharta dari Malang, Jawa Timur menaiki pesawat itu untuk bercuti di Singapura bersama isteri Donna Indah Nurwatie, 39, serta dua anak perempuannya, Gusti Atu Putriyana Permata, 19, dan Gusti Ayu Made Keish Putri, 9, sebelum tragedi menimpa mereka sekeluarga.
FOTO terakhir Bobi berlatarbelakangkan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. |
Bobi kemudian memuat naik gambar itu dalam Blackberry Messengernya (BBM) dengan meletakkan status 'berangkat'.
Jirannya, M Ridwan berkata, dia menerima gambar dihantar Bobi beberapa minit sebelum berlepas.
"Saya seolah-tidak tidak percaya kerana Bobi sekeluarga berada dalam senarai penumpang pesawat malang itu. Malah, sebelum ini, Bobi ada memberitahu dia mahu bercuti bersama keluarganya di Bali dan Lombok dan bukannya Singapura.
"Petang kelmarin, dia datang ke rumah saya dan memberitahu mahu ke Bali dan Lombok. Tapi saya tidak sangka dia menukar niat untuk bercuti ke Singapura," katanya.
Empat beranak itu antara 162 penumpang dan anak kapal AirAsia Indonesia yang dipercayai hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan di Jakarta pada jam 6.17 pagi.
Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak, seorang bayi serta tujuh anak kapal hilang selepas 47 minit berlepas dari Surabaya.
Pesawat Hancur Lebur Sebaik Sahaja Mencecah Air
Jakarta: Pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 membuahkan hasil selepas sejumlah serpihan, jasad dan bayangan pesawat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Pemerhati penerbangan, Alvin Lie ketika menganalisis penemuan serpihan dan jasad berkata, maklumat yang diterima membawa kemungkinan pesawat itu terjatuh dan pecah apabila menyentuh air.
“Mungkin pesawat itu pecah sebaik menyentuh air,” katanya ketika dihubungi detik.com.
Analisis Alvin itu masih bersifat telahan, namun beliau turut mengatakan bahawa ada kemungkinan kecil pesawat terbabit meletup di udara.
“Kalau meletup di udara pasti serpihannya merebak," ujarnya.
Pasukan gabungan carian AirAsia mencari serpihan pesawat dan enam jenazah di perairan Pangkalan Bun.
Tiga dari enam jenazah dipindahkan menggunakan KRI Bung Tomo. Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mencari objek yang menggambarkan bayangan pesawat di dalam laut.
--------------------------------------------------------------------------------
PENDEDAHAN EKSKLUSIF KISAH SURVIVAL KLINIK BADANG DILANDA BANJIR "BAH MERAH 2014" OLEH DR.AFIQ RAHIM
>>> CATATAN 1
>>> CATATAN 2
>>> CATATAN 3
>>> CATATAN 4
>>> CATATAN 5
>>> CATATAN 6
>>> CATATAN 7
>>> CATATAN 8
>>> CATATAN 9
>>> CATATAN 10
>>> CATATAN 7
>>> CATATAN 8
>>> CATATAN 9
>>> CATATAN 10
0 Komentar untuk "Menyanyat Hati...4 Jasad Pesawat Malang QZ8501 Ditemui Sedang Berpegangan Tangan !!!"