CERITA DARI PIHAK MYVI
Berikutan tersebarnya video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam semalam yang melibatkan beberapa gadis yang menaiki kereta Perodua MyVi yang memaki hamun lelaki usia pertengahan itu.
Berikutan tersebarnya video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam semalam yang melibatkan beberapa gadis yang menaiki kereta Perodua MyVi yang memaki hamun lelaki usia pertengahan itu.
Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.
Punca kejadian itu berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.
“Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit.
Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali,” kata Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid.
Namun, itu hanya cerita dari sebelah pihak tiga gadis berkenaan yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa dalam kejadian yang tidak diingini itu.
Tampil seorang lelaki yang mendedahkan dirinya adalah rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.
CERITA DARI PIHAK TEKSI
Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seeorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitaorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.
Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.
Kisahnya bermula apabila kereta myvi budak-budak tu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.
Last-last dapat block kereta mereka di Petron Syeksyen 7 Shah Alam.
Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.
Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.
Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baik pulih pula menelan belanja RM600.
Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kelakaran di situ.
Habis on-scene punya cerita.
Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk, datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.
Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.
1 Komentar untuk "GEMPAR !!! Kes Gaduh, Pemandu Teksi Nafi Tumbuk Gadis Myvi Dan Dedah Punca Sebenar Kejadian (MESTI BACA)"
mengarut