Org ni namanya Irsyad, baru 4 bulan dtg ke Malaysia, cakap melayu pun sepatah sepatah dan kalau kita order air suam di berinya ais, order teh tarik diberinya kopi,kadangkala terdengar jugak bossnya marah sebb dia tersalah ambik order, dia ni berasal dari Chennai India,kerjanya kuli saja di kedai mamak kat umah saya di Saujana, apa yg saya nak bgtau iaiatu tentang Irsyad ni ialah bila azan berkumandang aje dari masjid dia seperti cacing kepanasan untuk keluar dari tempat kerjanya utk ke Masjid untuk solat berjemaah, malah semenjak dia datang bekerja tidak pernah sekali pun dia tertinggal solat berjemaah,kalau waktu subuh dia adalah org yg plg awal dtg kemasjid malah bila dah qomat dia akan berlari lari ke masjid.Wajahnya tak sehensem Shahrul Khan, tapi kehebatanya didlm solat mengalahkan anak anak remaja balik timur tengah.
Sumber Daripada Facebook Indahnya Iman
Admin : Hebat bukan? Kisah Irsyad ini boleh dijadikan iktibar dan tauladan supaya kita tidak boleh melihat ketakwaan seseorang itu dari rupa paras semata-mata. Seperti mana Hadis Qudsi yang selalu kita dengar iaitu "Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi Dia melihat pada hatimu.” (HR Muslim)
0 Komentar untuk "Kisah Pekerja Mamak Yang Soleh"