adsense Lebuhraya Kuala Krai Menjadi Kenyataan - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Lebuhraya Kuala Krai Menjadi Kenyataan



Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat memulakan kerja projek lebuhraya rakyat yang telah diadakan majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya pada 28 Mei 2012 yang lalu oleh YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar ketika itu.

Maka bermula hari ini, kerajaan negeri secara rasminya memulakan kerja pembinaan lebuhraya bermula di Bukit Tiu Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai iaitu sepanjang 30.5 km yang meliputi laluan empat lorong dua hala bagi fasa yang pertama.

Berkenaan duit wakaf terkumpul sebanyak RM 3.1 juta yang diderma oleh rakyat akan digunakan untuk pembinaan jambatan yang akan kita namakan sebagai jambatan rakyat.

Kerajaan masih lagi membuka peluang kepada rakyat untuk menderma bagi memperolehi pahala yang berkekalan juga sebagai amal jariah nanti.

Semoga lebuhraya rakyat ini akan menyelesaikan masalah kesesakan dan sama-sama kita berdoa dapat disiapkan sepenuhnya penghujung tahun 2017 nanti, insyaallah.

USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan




Bertarikh: 1 Zulkaedah 1435 / 27 Ogos 2014

Alhamdulillah selesai sudah majlis masuk tapak projek lebuh raya rakyat yang diadakan di Bukit Bakar, Machang pagi tadi.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad Yakub.

Pembinaan lebuh raya Machang-Kuala Krai sejauh 30.5 km ini meliputi laluan empat lorong dua hala,tujuh buah jambatan sungai,empat persimpangan bertingkat serta dua kawasan rehat dan rawat.


Kelantan merupakan negeri pertama di negara ini yang membina lebuh raya tanpa tol dengan menggunakan dana kerajaan negeri dan sumbangan rakyat serta orang ramai setelah tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat walaupun telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK5: 1986-1990).

Projek yang menelan belanja RM854,729,000.00 ini dijangka siap akhir tahun 2017.

Tahniah kerajaan negeri Kelantan serta rakyat jelata diatas kejayaan pembinaan lebuh raya rakyat ini.
0 Komentar untuk "Lebuhraya Kuala Krai Menjadi Kenyataan"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info