adsense PAS, PKR & DAP Perlu Cerminkan Diri - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

PAS, PKR & DAP Perlu Cerminkan Diri


Berpaksikanlah dengan Kebenaran dan Realiti keadaan setempat. Usah digadaikan kemenangan dan nilai perjuangan demi merelakan semangat setiakawan. Sebelum kita membuat tuntutan dengan berpandukan Kerusi ini Status Quo PKR mahupun Kerusi asal PAS, maka dalamilah keinginan dan kehendak akar umbi Rakyat di Pengkalan Kubur.

Cerminlah diri masing-masing. Kalau rasa muka yang dilihat di Cermin itu hodoh, maka kenalilah diri anda. Make-up tebal sekalipun tidak akan mampu mengubah keadaan diri dan seri wajah anda. Sebaliknya jika rupanya manis dan menawan, tanpa sebarang Make-up pun kejelitaan semulajadi akan terserlah.

Sudah pastinya Durian Toklitok, Kunyit dan D24 berbeza dengan Durian yang dijual di tepi jalan dengan harga RM 10.00 lima biji. Nilai Durian itu bukan terletak pada kulitnya tetapi pada isi dan jenisnya. Manakala Durian itu pula hanya boleh dimakan apabila dikopek Kulitnya terlebih dahulu. Kalau buruk isinya, walaupun mahal dibeli sudah semestinya isinya juga tidak boleh dimakan. Jangan pula kita berebut Durian yang mahal itu kerana dibimbangi akan luka tangan terkena durinya. Bekerjasamalah dalam sama-sama merasai nikmat Durian itu.

Jangan pula kita berbangga dengan kapal kita yang cantik semata-mata sedangkan kapal yang kita naiki itu terlalu kecil dan penumpang kita pula tidak sampai sepuluh orang. Sebelum berbangga Lihatlah juga kapal yang di sebelah kita yang besar dan mempunyai beribu-ribu penumpang. Kerana ini bukan pertandingan Ratu Kapal Cantik tetapi Kapal yang kita nak gunakan ini ialah Kapal yang mampu meredah lautan untuk sampai ke destinasi.

Maka sedarlah dan cerminlah kekuatan dan kelemahan masing. Yang penting kemenangan perlu kita capai untuk meneruskan perjuangan Politik menghancurkan Rejim UMNO/BN.

Ditulis Oleh Facebook Mohd Ariff Abdullah.
0 Komentar untuk "PAS, PKR & DAP Perlu Cerminkan Diri"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info