adsense Penyelesaian FB Ads kena Flagged - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Penyelesaian FB Ads kena Flagged



Akaun FB Ads Kena Flagged? Page Kena Unpublished?

Apa punca berlakunya masalah-masalah macam ni?
Baiklah...Ramai yang PM Sifufbads dan bertanyakan tentang hal ini, jadi kami akan cuba rungkaikan puncanya.

Berikut adalah beberapa pandangan peribadi daripada SIFUFBADS tentang masalah Akaun FB ADS FLAGGED & PAGE UNPUBLISHED :
[✘] 1 Akaun FB Ads ada banyak credit card dan debit card.
[✘] Fanpage terlalu lama dibiarkan, tiada update langsung!
[✘] Tarik like guna 3rd party application!
[✘] Content fanpage tak relevan dengan produk.
[✘] 1 debit kad / kredit kad digunakan pada semua akaun fb ads.
[✘] Produk ada brand dijual yang ciplak.
[✘] Guna nama fanpage yang dah ada brand.
[✘] Kerap ulangi kesalahan semasa bina iklan (disapproved).
[✘] Spamming guna 3rd party di group-group.
[✘] Guna 3rd party untuk extract uid dan lain-lain.

Apa yang kami boleh sarankan untuk anda lakukan apabila akaun fbads di flagged dan juga fanpage di unpublished adalah :
[✔] Langkah pertama hantarkan email tentang isu yang berlaku pada fesbuk. (link untuk contact, fb akan bagi)
[✔] Buat sahaja akaun Facebook yang baru dan add debit card/credit card. Kemudian jadikan akaun fb tersebut sebagai admin dari fanpage anda.
[✔] Jadikan akaun Fb Ads anda itu sebagai 'real' dan bukan robot. Takut nanti kena flagged balik.
[✔] Biarkan iklan berjalan setiap hari, sekurang-kurangnya biar iklan like yang berjalan. Letak bajet RM3-5 sahaja. 
[✔] Senang cerita, jangan langgar peraturan dan buat yang bukan bukan sahaja. Hohoho..

Untuk makluman, akaun FB Ads kena flagged bukan bermaksud fanpage anda di blocked ataupun unpublished ya...Fanpage masih lagi boleh guna.

Lagi satu mungkin ramai yang ada masalah akaun fb ads tak nak terima duit dari kad kredit / kad debit anda. Langkah penyelesaiannya :
[✔] Add kad debit/ kad kredit yang lain dahulu, kemudian delete semula dan kekalkan yang lama.
[✔] Pastikan anda letak wang yang berlebihan dalam akaun bank anda.
[✔] Jangan biarkan akaun fbads anda outstanding.
[✔] 'In grace period' bukan facebook taknak terima tetapi facebook biarkan kita berhutang dulu, nanti dia akan sedut semula.

Ditulis Oleh Sifu FB Ads
0 Komentar untuk "Penyelesaian FB Ads kena Flagged"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info