adsense Rugi Teruk Akibat Facebook Apss - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Rugi Teruk Akibat Facebook Apss


Baru-baru ni saya membaca kisah seorang programmer muda yang buat sistem autoreply Facebook Message. beliau seorang yang hebat, mempunyai cita-cita yang hebat. 

Dan beliau laburkan hampir keseluruhan wang beliau untuk mencipta aplikasi autoreply pm. Untuk beberapa bulan pertama sistem berjalan lancar, order diterima bertalu- talu dari orang yang inginkan sistem ini. 

Namun sayang, lepas beberapa bulan, sistem ini diblock oleh pihak fb. berkali- kali beliau cuba membaiki sistem, namun cuma bertahan beberapa hari sahaja sebelum di block lagi oleh pihak fb.

Sehinggalah ramai pembeli yang minta refund semula. Namun, duitnya dah habis dilaburkan untuk pembangunan sistem ni, macam mana nak cari duit untuk refund customer pula? 

Akhirnya bila duit dah habis, dan projek gagal, beliau terpaksa "berjauhan" dengan anak dan isteri akibat gagal membayar sewa rumah. Kehidupan yang selesa dulu bertukar gelap gelita sehingga sekarang. 

Kisah ini adalah salah satu dari berpuluh ribu kisah orang bisnes yang gagal dan muflis dalam perniagaannya. 

Saya rasa kisah2 begini boleh memberi pengajaran kepada kita semua bahawa kita tidak boleh sesekali keluarkan semua duit kita untuk buat sesuatu perkara. 

Seandainya hari ini anda ada rm100, maka belanjalah rm50 sahaja untuk kos pengiklanan. Jika anda ada rm10k, belanjalah rm5k sahaja untuk beriklan. Jangan sesekali anda belanjakan 100% duit anda, kelak akan memakan diri.

Dalam bisnes, rugi itu PASTI, untung belum lagi. Berbisnes perlu ada mentor, perlu ada jemaah. Jika anda perlu membayar RM1000 dan menunggu 5 bulan sekalipun untuk memasuki jemaah niaga, maka bayar dan tunggulah! 

Kerana sebuah ilmu dan jemaah itu tidak ternilai harganya. Ketahuilah bahawa yuran "kebodohan" itu amat tinggi nilainya, sehinggakan kita boleh kehilangan harta, keluarga dan rakan-rakan.

Ditulis oleh Facebook Zulhilmi Zainal

=====================================================================

0 Komentar untuk "Rugi Teruk Akibat Facebook Apss"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info