![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi57YUjTC-2Nc_teTs8fZhWyrnUvFtGUET1acU0zUE4KZFS2LT3cmPDFpGf2DhqJteLkiHbvNq1TswNJwFhiKyNgzS4T8jDMSUFLlyzoVI2BJuvS2NIDFQ0PqdN_Jc5IBV1r7gFrJPK-cUl/s1600/TSKI+MB+Selangor.jpg)
Lantik ahli perniagaan, suka kumpul dan simpan wang. Lantik professor, nanti mengeluarkan pendapat yang aneh-aneh. Lantik pakar motivasi, asyik nasihat orang, diri sendiri tak keruan. Lantik doktor, tak banyak cakap tapi sikit-sikit mahu bedah. Lantik peguam - boring, cakap sikit guna istilah undang-undang. Lantik suri rumah, khuatir suami tumpang sekaki. Lantik orang politik, berbalah tak habis-habis. Lantik super, asyik hitung jauh perjalanan.
Lantik penyair, perhimpunan pagi pun baca sajak. Lantik novelis, kesihan kerani, setiap hari harus baca surat pekeliling yang panjang dan berbunga-bunga. Lantik pelukis, mesyuarat exco dimulai dengan melukis. Lantik chef, khuatir kakitangan pejabat Menteri Besar bertambah gemuk kerana setiap hari disajikan makanan yang enak-enak. Lantik kartunis, rakyat hidup dalam ketawa….oh! tak boleh! Tak Boleh! Makanya mahu lantik siapa?
Ditulis Oleh Facebook Rossem Sem
Admin : Yang dah sedia ada, boleh disingkarkan. Apatah lagi yang datang kemudian atau yang dilantik baru selepas ini. Mesti lebih banyak karenah yang dihadapi.
0 Komentar untuk "Sukarnya Calon Menteri Besar"