adsense Teks Penuh TSKI Letak Jawatan - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Teks Penuh TSKI Letak Jawatan

Lampiran: Kenyataan Akhbar Pejabat DYMM Sultan Selangor


Persembah Hasrat Meletak Jawatan Kepada DYMM Sultan Selangor

Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan untuk saya menghadap baginda pada petang ini di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, bagi membincangkan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.

Demi kelangsungan kestabilan politik di negeri Selangor ini, saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

DYMM Tuanku telah mengambil maklum hasrat saya dan Tuanku telah membuat keputusan untuk menangguh penerimaaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai.

Saya juga telah memohon maaf kepada DYMM Tuanku atas suasana politik masa kini yang telah menyebabkan pihak Istana terheret sama dalam kemelut pentadbiran di negeri ini.

Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam.

Saya yakin DYMM Tuanku akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan dan saya dengan seikhlasnya akan akur kepada pilihan yang diputuskan oleh baginda.

Saya berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak dari membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus kepada niat untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak yang terlibat terutama institusi beraja dan Raja-raja Melayu.

Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberi kebebasan bersuara namun adab, tatatertib dan hak-hak DYMM Sultan Selangor di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor perlu dihormati demi kesejahteraan negeri.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 
26 OGOS 2014

Admin : Kemelut politik yang melanda Pakatan Rakyat (UMNO tidak terlibat dalam kes ini) akhirnya hampir ke penghujung. Namun begitu, adakah pihak PR yang dianggotai oleh Parti PAS, PKR dan DAP mampu mengetengahkan dua nama kepada DYMM Sultan Selangor? Nampaknya Tuanku tidak berkenan dengan nama yang telah diberikan oleh kompenan ini iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali.

Anda pula fikir bagaimana ? Adakah dengan peletakan jawatan ini mampu menyelesaikan masalah yang diuar-uarkan oleh Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat beberapa minggu lepas yang dikeluarkan sendiri oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli ?

Dalam hal ini, Admin agak setuju dengan pandangan Dr. Maza berkaitan dengan seni politik PMH PMA yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat ini yang bermaksud Padan Muka Hang, Padan Muka Aku.

=======================================

Ini pula pandangan daripada Dr. Azman Ibrahim :


0 Komentar untuk "Teks Penuh TSKI Letak Jawatan"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info