adsense Elakkan Keluar Kenyataan Mengarut - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Elakkan Keluar Kenyataan Mengarut


PIMPINAN DAN AHLI PAS PERLU FAHAMI SYARIAT BAGI MENGELAKKAN KENYATAAN MENGARUT

1. Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Perak menyeru kepada semua pihak agar dahulukan Islam berbanding akal dalam semua aspek :
  • Kekurangan perempuan menjadi pimpinan tertinggi telah disebutkan dalam banyak Kitab Fiqh dan sudah dibahaskan sepanjang zaman termasuk dalam tafsir al Quran berkenaan kisah Pemaisuri Balkis. TGHH hanya mengulangi pendirian ulamak sepanjang zaman, yang sepatutnya difahami lebih awal terutamanya ahli PAS sendiri. Mengapa hari ini sebahagian pimpinan PAS masih tak reti bab ini?
  • Di dalam borang PAS dan Baiah sebagai ahli PAS menyatakan dengan jelas bahawa ketaatan termasuk pada pucuk pimpinan parti. Sepatutnya AJK PAS Pusat sendiri sudah menyedari perkara ini lebih awal sebelum melalut dalam media secara terbuka. Kita berbaiah dengan Allah dan Rasul, dan kedua duanya (Allah dan Rasul) memerintahkan kita mentaati pimpinan Islam.
  • Dalam mana mana organisasi, peranan ahli dan lajnah ialah mengukuhkan pendirian parti. Boleh lihat para sahabat RA dalam peristiwa Hudaibiyah. Para sahabat RA tidak menegur atau memperbetulkan tindakan Rasulullah SAW secara terbuka yang disangka satu kesilapan. Menjadi perkara pelik apabila lajnah bertindak menyalahkan pihak atasan secara terbuka.
  • Perlembagaan dan pendirian PAS berpaksikan kepada Islam yang difahami oleh orang yang mendalaminya. Islam bukanlah sesuatu yang boleh difahami dengan cacamarba, siang harinya baru belajar alif ba dan ta, sebelah malamnya sudah pandai memberi fatwa dan menyalahkan itu dan ini. Ia (perlembagaan) dibuat bagi memastikan keutuhan gerakan Islam, bukan mengajar orang awam untuk mempertikai hukum hakam.

2. Islam bukanlah agama yang terbina di atas akal dan rasional manusia yang sentiasa terdedah dengan kesilapan. Contohnya melalui akal dan pemikiran manusialah tercetusnya penindasan global, pembunuhan dan lain lain. Laraskan pemikiran anda dengan acuan Islam yang terbina di atas akidah yang jitu.

3. Islam juga bukanlah Teokrasi! Ramai golongan menganggap Islam mengamalkan teokrasi walhal Bahasa Arab pun tak reti. Mengapakah pemikiran barat digunakan oleh mereka bagi menafsirkan Islam? Wajarkah menilai Islam dengan menggunakan kerangka pemikiran barat?
Muhasabah bersama,

Arman bin Yusof
Ketua Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Perak
Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
Timbalan Ketua Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Perak
0 Komentar untuk "Elakkan Keluar Kenyataan Mengarut"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info