adsense Krisis Identiti Mereka Yang Tubuhkan PASMA - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Krisis Identiti Mereka Yang Tubuhkan PASMA



Puak-puak anwariyun dalam PAS sejak dulu hingga sekarang hadapi krisis identiti, Mereka mahu bersama Islam dan berjuang Islam. Mereka melihat PAS adalah platform yang menjalankan misi dakwah, politik dan kebajikan Tetapi mereka tidak serasi melihat para ulamak memimpin PAS. Bagi mereka siapa sahaja boleh pimpin PAS.

Lalu mereka mencari yang serasi. Mereka melihat Anwar lebih dekat pada mereka sebagai idola dan ikon Islam. Bila Anwar masuk UMNO 1982, sebahagiannya ikut dan sebahagian yang lain tak mahu ikut. Yang masuk UMNO terpaksa terlibat dengan kemungkaran BN UMNO. Yang tak mahu ikut Anwar, ada yang tawakuf, dan ada yang masuk PAS tapi hati dan jiwa masih bersama Anwar, jasad sahaja dalam PAS.

Dalam masa yang sama mereka mereka tubuhkan platform NGO seperti IRC yang kemudiannya menjadi JIM, diikuti pula perpecahan dalam JIM menjadi IKRAM dan ISMA. Tetapi ada yang terus jadi ahli PAS, bergerak dalam PAS, hati dan jiwa masih bersama Anwar, jasad sahaja dalam PAS.
Mereka merancang untuk kuasi PAS dan UMNO. Mengapa mereka tidak mahu tubuh parti baru sahaja? Mereka tidak perlu curi dan rampas ahli PAS untuk ikut mereka.. Bukankan senang mereka tubuhkan parti sendiri sahaja di mana mereka boleh pilih sesama mereka jadi ketua dan pimpin parti itu sendiri? Mengapa mahu takluk PAS? Mengapa mahu jadi anai-anai dan parasit dalam PAS?

Anwar telah percahkan gerakan dua kali. Pertama apabila dia masuk UMNO 1982, para pendukung Islam pecah dalam beberapa kumpulan seperti IRC, ABIM KUSDA, ABIM UMNO, ABIM tulen, Islamic Voice, MISG, MISNA, malah dalam kapal PAS juga bergegar, tapi alhamdulillah PAS terus bertahan hingga hari ini. PAS dapat merampas Kelantan semula denga kerjasama APU di saat Anwar masih dalam UMNO dan PAS berkuasa di Kelantan lebih 24 tahun sekarang.

Bila Anwar kena terajang keluar dari UMNO 1998, pendukung Islam yang berpecah dulu kembali bertatut. Ada yang masuk PAS, ada yang masuk PKR. Ramai yang tinggalkan UMNO, walaupun sebahagiannya masih dalam UMNO untuk menjadi spy PKR.

Malangnya pada tahun 2014 dengan krisis MB Selangor yang dicipta oleh Anwar dan partinya PKR, sekali lagi Anwar memecahkan kesatuan dalam kalangan pendukung Islam. Kali ini tumbuh PASMA. Sepertimana perpecahan 1982, PASMA menyatukan bekas-bekas mahasiswa yang belajar di luar negara tetapi ditarbiyyah oleh murabbi ikhwan alami antaranya ialah Ustaz Alias Othman, Ustaz Zawawi Ali, Syeikh Tariq Swidan, Taha Jabir, Hashim Tontoji, Syeikh Syaaban, Syeikh Abu Bakar, Abdul hamid Abu Sulaiman dan beberapa orang lagi yang pemmpin IIT (Triple IT), Institute of International Islamic Thought dan SAAR Foundation di Virginia USA, yang semuanya mempunyai hubungan rapat dgn pimpinan ikhwan seperti Fathi Yakan.

Dengan penubuhan PASMA, puak-puak Anwariyun akan mengulangi sejarah putaran roda yang sama dalam perjuangan Islam di Malaysia, dan mereka akan terus hadapi krisis identiti. Selagi mereka tidak bersedia mencairkan identiti lama mereka 100%, meninggalkan manhaj lama mereka, maka mereka akan terus dalam dilema dan kecewa dan terus kecewa dalam perjuangan. Sebahagian besar kawan-kawan mereka telah tanggalkan baju IRC, tanggalkan manhaj mereka, cairkan jiwa IRC dan terus membenamkan diri mereka dalam PAS dan mereka serasi dalam PAS.

Puak-puak yang hadapi masalah krisis identi pendukung Islam tidak mahu ikut kumpulan taasawuf. Mereka tidak mahu duduk dalam UMNO. Mereka tidak mahu duduk dalam PKR atau DAP. Mereka tidak mahu berada dalam NGO sahaja kerana NGO tidak mampu kuasai politik. Mereka tak suka cara pimpinan PAS di bawah Kepimpinan Ulamak. Jadi mereka mesti usaha ambil alih PAS atau tubuh parti lain, dan mulakan dengan NGO sekali lagi seperti PASMA, yang kemudiannya akan jadi satu parti politik acuan mereka. Itulah mimpi mereka.

Ditulis Oleh Albangi Selangor Via Facebook
0 Komentar untuk "Krisis Identiti Mereka Yang Tubuhkan PASMA"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info