adsense PAS Berpecah Kepada PASMA (Terbaru) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

PAS Berpecah Kepada PASMA (Terbaru)



PASMA Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, satu NGO yang lahir kerana kekecewaan golongan Anwariyun dalam percubaan menguasi PAS. Kebanyakan ahlinya adalah ahli JIM (IRC) yang kini dikenali sebagai IKRAM. Murabbi mereka ialah Ustaz Alias Othman dari Universiti Malaya sejak awal 80an. Ustaz Alias Othman menjadi murabbi kepada mereka di UM, dalam IRC (UK), IRC (Mesir, Jordan, Syria) dan MISG (USA & Canada) dengan bantuan Murabbi Ikhwan Alami di luar negara. Penubuhan PASMA adalah salah satu langkah yang telah digariskan dalam Grand Design JIM yang dibuat oleh YB Shaari Sungip dan dibantu oleh Dr Dzulkifli Ahmad.

PASMA diwujudkan juga sebagai tanda protes terhadap Kepimpinan Ulamak dalam PAS. PASMA membawa satu doktrin bahawa ummah tidak perlu dipimpin oleh ulamak. Siapa sahaja boleh memimpin ummah. PASMA menolak hadis nabi yang menyebut al-ulamak warisatul anbiya'. PASMA percaya mereka juga ulamak (dalam bidang profesional mereka). Inilah satu fahaman atau doktrin yang bercanggah dengan Islam.

PASMA bercadang mengambillaih kepimpinan PAS dalam Muktamar akan datang melalui proses pmilihan AJK PAS Pusat. Mereka juga akan merombak Majlis Syura dan mencantas para ulamak dalam AJK PAS Pusat. Mereka terlupa bahawa PAS ini bukan macam ABIM atau IKRAM yang mana ahli-ahli mereka adalah orang belajar tinggi. PAS adalah parti rakyat marhaien, ahli yang tunduk dan patuh kepada kepimpinan ulamak. Ulamak menjadi teras dan tulang belakang parti. Apabila dibuang tulang belakang ini sepertimana mereka buat di dalam PAS Selangor dan Perak, maka terlerailah segala kekuatan jamaah PAS.

Inilah agaknya misi mereka, yang nampaknya misi itu sama macam misi UMNO dan sekular barat iaitu melumpuhkan gerakan Islam. Tun Mahathir pernah lumpuhkan gerakan Islam PAS di awal 80an apabila membawa Anwar masuk UMNO bagi mengimbangi imej Islam dalam PAS melalui projek Islamisasi UMNO.

Ditulis Oleh Albangi Selangor Via Facebook
0 Komentar untuk "PAS Berpecah Kepada PASMA (Terbaru)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info