adsense Sultan Selangor Murka Kepada DAP & PKR - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Sultan Selangor Murka Kepada DAP & PKR




Kenyataan Akhbar

Adalah dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon Menteri Besar Selangor dari ketiga-tiga parti  di dalam Pakatan Rakyat sepertimana titah D.Y.M.M Sultan Selangor di dalam surat bertarikh 27 Ogos 2014.

Namun demikian hanya parti PAS yang akur dengan titah D.Y.M.M Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.

Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Y.B Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. D.Y.M.M Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engkar terhadap titah Baginda bertarikh 27 Ogos 2014. Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah D.Y.M.M Sultan Selangor.

Titah D.Y.M.M Sultan Selangor bagi mengemukakan senarai lebih dari dua orang calon Menteri Besar Selangor adalah satu amalan/konvensi yang dilaksanakan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar Selangor dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.

Ciri-ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor. D.Y.M.M Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi menerajui Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima ini maka D.Y.M.M Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat. Di dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara D.Y.M.M Sultan Selangor, maka Baginda juga akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari parti Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran D.Y.M.M Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Sekian
Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani, D.P.M.S.,J.S.D.
Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit
Kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor

8 September 2014
0 Komentar untuk "Sultan Selangor Murka Kepada DAP & PKR"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info