adsense Kisah Menarik Imam Syafie Dan Hudud - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kisah Menarik Imam Syafie Dan Hudud

KISAH IMAM SYAFIE DAN HUDUD

Tahniah kepada Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu yang mengepalai organisasi pelaksana Seminar Penghayatan Hududullah semalam. Sebanyak 8 NGO turut terlibat sebagai penganjur termasuk ABIM, IKRAM, HALUAN, WADAH dan ILMAM. 

Disaat PAS Terengganu dituduh tertutup kerana mempertahankan kepimpinan Ulama sehingga menolak idealisme pihak lain, Dewan Ulama Terengganu membuktikan kesepakatan PAS dengan NGO yang memperjuangkan Islam. Satu langkah yang baik ke arah menjadikan PAS sebagai gerakan tunjang yang akan memimpin pemerintahan baru Malaysia di atas runtuhan kezaliman BN.

Dalam seminar ini, wakil kerajaan Autonomi Acheh, wakil diraja Brunei, wakil kerajaan Negeri Kelantan turut dijemput membentang kertas kerja ke arah perlaksanaan hudud di Terengganu.

Saya turut mencatat tiga perkongsian menarik Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa sesi pergulungan. Beliau bersama peserta mengikuti seminar dari awal hingga ke akhir. Seperti biasa, sepanjang seminar tangannya tidak berhenti menulis dan mencatat.

Kata TGHH:

1. Ada yang menyatakan hukuman potong tangan kepada pencuri adalah satu hukuman tidak berperikemanusiaan.

Apabila pesakit kencing manis yang kronik dinasihatkan oleh doktor supaya kakinya dipotong, demi menyelamatkan anggota badan yang lain dari penyakit yang dikhuatiri akan merebak, tiada seorangpun yang menuduh doktor tersebut sebagai zalim. Demi kestabilan anggota yang lain, kaki terpaksa dikorbankan.

Kecurian ialah penyakit masyarakat. Potong tangan pula ialah hukuman hanya kepada pencuri untuk menyelamatkan anggota masyarakat lain dari penyakit kecurian yang kesannya akan menyebabkan seluruh masyarakat menderita ketakutan. Demi kestabilan anggota masyarakat, tangan seorang pencuri terpaksa dikorbankan.

2. Undang-undang hari ini secara umumnya adalah penjara kepada pencuri. Ini juga satu undang-undang yang menzalimi masa depan pencuri kerana:

-Penjara makan disediakan secara percuma. Hidup lebih senang di dalam berbanding di luar menyebabkan pencuri tidak takut dihukum sebegitu.

-Apabila keluar dari penjara, beliau sukar mencari kerja kerana status sebagai bekas banduan. Akhirnya beliau kembali mencuri kerana tiada kerja lain.

-Mereka dipenjarakan bersama penjenayah-penjenayah yang lain. Jika 100 orang dipenjarakan, boleh buat seminar dalam penjara, bertukar-tukar idea jenayah.

-Sepanjang tempoh penjara, anak isteri mereka akan terabai tanpa tanggungan. Akhirnya mereka juga bakal membuat masalah dalam masyarakat kerana desakan hidup.

3. Imam Syafie pernah diuji dengan satu soalan berkait hudud di zamannya. Soalannya ialah ada seorang wanita dirogol oleh 5 orang lelaki. 

Setelah disahkan perbuatan tersebut, mereka dihukum dengan hukuman berbeza. Yang pertama dihukum bunuh. Yang kedua direjam sampai mati. Perogol ketiga disebat 100 kali dan yang keempat cuma 50 kali sebatan. Dan yang kelima dibebaskan tanpa hukuman.

Imam Syafie diminta menerangkan bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Secara spontan Imam Syafie menjawab, perogol pertama dibunuh kerana beliau percaya bahawa perbuatan rogol adalah halal, maka beliau telah murtad dengan kepercayaan itu. 

Murtad yang tidak mahu kembali beriman perlu dihukum hudud dengan bunuh.

Perogol kedua pula direjam sampai mati kerana beliau telah berkahwin. 

Hukuman penzina yang sudah berkahwin mengikut hudud ialah rejam sehingga mati.

Perogol ketiga pula disebat kerana beliau masih bujang. 

Hudud kepada penzina bujang adalah disebat 100 kaki.

Perogol keempat disebat 50 kali kerana beliau seorang hamba. 

Hamba menerima separuh dari hukuman orang merdeka.

Akhirnya perogol kelima pula dibebaskan kerana beliau orang gila. 

Dalam Islam, orang gila tidak dihukum bersalah!

Kisah ini menunjukkan apabila undang-undang syariat dijalankan, tidak semestinya semua orang akan dihukum. Hanya yang bersalah sahaja. Bahkan bukan semua pesalah dihukum potong tangan, hanya yang cukup syaratnya sahaja.

Arab Saudi membuktikan sepanjang 20 tahun undang syariat dijalankan, hanya 10 pencuri dipotong tangan. Tetapi di New York, satu malam sahaja beratus kecurian dilaporkan.

Ditulis Oleh Alang Ibn Shukrimun Via Facebook


0 Komentar untuk "Kisah Menarik Imam Syafie Dan Hudud"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info