Kejadian ribut kuat semalam menyebabkan dua lot kediaman flat di Loke Yew tercabut dinding sehingga nampak dibahagian dalam bilik tersebut. Mengikut salah satu komen di dalam Facebook, ia kerana flat ini antara flat yang terawal dibina di Kuala Lumpur pada awal tahun 60-an. Jadi tidak mustahil ada beberapa keadaan yang menyebabkan berlakunya musibah ini kerana ribut angin yang kencang semalam.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Flat loke yew dan flat hang tuah adalah antara flat terawal dibina di kuala lumpur selepas flat yg pertama dibina di kl iaitu flat pekeliling(sekarang dlm proses roboh) pada awal tahun 60an.Memang struktur flat sebahagiannya terdiri daripada kayu dimana kejuruteraan pada masa itu sedang melalui proses penambahbaikan dlm masa yg sama flat ini telah menjadi contoh dlm memperkembangkan inovasi arkitektual agar flat,condo dan arpartment yg dibina dimasa hadapan akan lebih selamat dan selesa dari yg sebelumnya. Flat ini juga pernah mendapat jolokan "flat kayu".Flat2 perumahan yg terawal di ibukota ini kebanyakannya kurang selamat dan kurang selesa utk diduduki. Walaubagaimanapun pihak Dbkl beransur2 membina perumahan baru (PPR) yg lebih mesra penduduk dan lebih baik dari flat terawal ini.Tidak dinafikan perancang bandar telah mula menyahhabit penduduk ibukota secara efisyen ke pinggir ibukota agar dpt mengurangkan kepadatan penduduk ditengah2 pusat bandar. Mungkin pada tahun 2030 nanti kita tidak akan melihat flat2 bersejarah ini lg melainkan dlm gambar kenangan ataupun google street view.
0 Komentar untuk "Rumah flat Loke Yew Tercabut Dinding"