adsense Wilayah Kobane, Syria di Serang Oleh ISIS? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Wilayah Kobane, Syria di Serang Oleh ISIS?


KENAPA ISIS MENYERANG KOBANE?

DENGAN SIAPAKAH SEBENARNYA ISIS BERPERANG?

Kobane hanyalah sebuah bandar kecil di utara Syria bersempadan dengan Turki. Ia bukanlah bandar bersejarah kerana hanya diasaskan sekitar tahun 1915 apabila laluan keretapi dibina. Penduduknya hanya sekitar 50 ribu orang yang kebanyakkannya dari etnik Kurdi. Ia juga dikenali dikalangan penduduk Arab sebagai `Ayn-al Arab’.

Selepas bermulanya kebangkitan rakyat Syria terhadap regim Assad, Kobane telah dibebaskan dari tentera Assad pada Julai 2012. Sejak itu Kobane dikawal oleh People’s Protection Unit (YPG), sayap bersenjata kepada Democratic Union Party, sebuah parti politik untuk minoriti Kurdi di Syria. Kumpulan ini hanya berminat untuk mempertahankan diri dari dilibatkan dalam konflik Syria dan tidak bercita-cita untuk meluaskan kawasan pengaruh mereka. Mereka dan ribuan lagi penduduk Kobane sekarang sedang bermati-matian mempertahankan diri dari serangan ISIS.


Nama Kobane hanya mendapat tempat meluas didada media sejak 3 minggu lalu apabila ISIS memulakan operasi besar-besaran untuk menguasainya. Beberapa serangan pernah cuba dilakukan oleh ISIS sebelum ini tetapi tidak berjaya. Operasi yang dimulakan pada 16 September lalu adalah yang terbesar dengan mengepung Kobane dari arah barat, selatan dan timur. Utara Kobane adalah sempadan Turki. Lebih 60 perkampungan di sekitar Kobane telah dikuasai ISIS dan lebih 160,000 penduduknya terpaksa lari menyelamatkan diri.

Dari segi ketenteraan, Kobane mempunyai kepentingan strategik kepada ISIS dalam laluan mereka untuk mara ke Aleppo di timur Syria dari kubu kuat mereka di Raqqa, barat Syria. Menguasai bandar sempadan seperti Kobane juga memberi ISIS kelebihan untuk mengawal dan menyekat bantuan kemanusiaan dan ketenteraan yang masuk dari Turki kepada rakyat Syria yang menentang regim Assad.

Dikala rakyat Syria bangkit membebaskan diri dari kekejaman regim Assad, tindakan ISIS yang menyerang bandar yang telah dibebaskan Assad, menyekat bantuan kepada rakyat Syria, menyebabkan ribuan rakyat terpaksa lari dari kampuang mereka dan mengalih tumpuan mujahidin Syria dan tentera pembebasan rakyat dari memerangi Assad kepada melawan ISIS ……. telah menimbulkan tanda-tanya. Dengan siapakah sebenarnya ISIS berperang dan di pihak manakan ISIS?

Samada ISIS dan para penyokongnya mahu mengaku atau tidak bahawa ISIS telah berkomplot dengan Assad, yang pastinya tindakan ISIS ini memberi keuntungan langsung kepada regim Assad. Betapa banyaknya nyawa rakyat yang terpaksa berkorban mempertahankan kampung halaman mereka dari pada ISIS. Betapa banyaknya persenjataan perang dan peluru terpaksa dihabiskan yang sepatutnya digunakan melawan kekejaman Assad. Kalau benarlah ISIS membela rakyat dan memusuhi Assad, alangkah baiknya kalau kecanggihan kereta kebal dan peluru ISIS dihalakan kepada tentera Assad daripada membunuh rakyat Syria yang mempertahankan kampung halaman mereka.


Kekecohan mempertahankan Kobane dan tumpuan semua media utama kepada Kobane memberi peluang keemasan untuk tentera Assad menyerang mujahidin dikawasan lain Syria. Dalam tempoh tersebut tentera Assad telah dapat menguasai banyak kawasan baru antaranya Handarat di utara Aleppo, Dukhaniya ditenggara Damsyik, daerah Adra di timurlaut Damsyik serta menggunakan senjata kimia gas klorin di Handarat dan Tel al-Hara tanpa mendapat liputan berita dunia.

Serangan keatas Kobane ini hanyalah satu contoh dari banyak tindakan-tindakan ISIS yang menguntungkan Assad, melemahkan kebangkitan rakyat Syria, dan mengalih tumpuan dunia dari ancaman yang lebih besar dihadapi rakyat di seluruh Syria.

Rekod pakatan antara tentera Assad dan ISIS, samada secara langsung atau tidak, bukanlah perkara baru. Bahkan telah mula dikesan oleh pada mujahidin di Syria sejak akhir 2013 dan awal 2014. Dikala dunia masih belum mengenal ISIS. ISIS hanya menarik perhatian dunia apabila mereka menguasai Mosul di Iraq pada Jun 2014.


`National Coalition for Syrian Revolution and Opposition Forces’, satu gabungan lebih 100 pelbagai pertubuhan yang menentang regim Assad telah mengeluarkan kenyataan pada 10 Februari 2014 [1] membongkar pakatan jahat antara regim Assad dan ISIS. Assad dan ISIS didapati saling tidak menyerang antara satu sama lain, saling melindungi dan saling membantu. Beberapa komandan ISIS didapati pernah berkhidmat dengan regim Assad antaranya Munahat Juneidi yang berkhidmat dengan Assad semasa perang Iraq. Beliau adalah seorang Alawite dan kini menjadi Amir ISIS di sekitar Idlib. Pengakuan mereka yang pernah diseksa oleh tentera Assad juga menyatakan teknik yang sama diguna oleh ISIS. Bukti kelongsong peluru ISIS juga menunjukkan ia diperbuat di Institute of Defence Factories yang dimiliki tentera Assad. Tidak kurang juga bukti yang dijumpai di kubu ISIS yang ditawan oleh mujahidin Syria menunjukan pengenalan perisik Syria dan passport yang menunjukkan visa ke Iran, penyokong kuat Assad.

Hampir setengah tahun sebelum ISIS dikenali dunia, mujahidin dan tentera pembebasan Syria telah mengentahui bahawa regim Assad melindungi, menyokong dan membantu ISIS. Hanya dunia luar sahaja yang tidak sedar.

Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
J/kuasa Pembelaan Ummah Sejagat
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor
12 Okt 2014
0 Komentar untuk "Wilayah Kobane, Syria di Serang Oleh ISIS?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info