adsense Kaisa - Hafizah Cilik Indonesia Yang Memukau Juri - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kaisa - Hafizah Cilik Indonesia Yang Memukau Juri


Rancangan "Mencari Bakat Al-Quran" daripada Indonesia iaitu Hafiz Indonesia tahun 2014 berjaya mengetengahkan pelbagai bakat para peserta cilik dari negara itu sendiri di mana ada yang menghafal 30 Juzuk Al-Quran walaupun usia baru 5 tahun seperti peserta cilik adik Musa. Bukan itu sahaja, baru-baru ini rancangan ini turut dihadiri oleh seorang peserta cilik yang sangat menarik iaitu adik Kaisa.

Adik Kaisa sangat menghiburkan juri dan audiens yang lain kerana bacaan ayat Al-Qurannya diikuti oleh irama gerakan tangan dan badan. Sehinggakan hos rancangan minta untuk diulang semula bacaan tersebut. Yang mengujakan juga, selain daripada fasih dengan bacaan sehinggakan satu huruf pun tiada kesalahan dan sebutan setiap huruf yang sangat jelas, adik ini juga berjaya memperolehi 100 markah bagi acara "Wisuda Akhbar" yang itu tahap ke-lima.


Rancangan Hafiz Indonesia 2014 ini mengetengahkan peserta seramai 32 orang dan mempunyai lima format iaitu Salamah, Muqadimah, Izaalah, Musabaqah dan terakhir iaitu Wisuda Akhbar. Hos daripada Irfan Hakim dan mempunyai 4 juri iaitu Syeikh Ali Jaber, Prof Dr. Nasaruddin Umar, Prof Dr.Amir Faishol Fath dan Ustazah Lulu Susanti. Rancangan ini ditayangkan setiap hari jam 2.00 petang - 6.00 petang.

Bertuah bukan mak dan ayah yang membesarkan adik Kaisa ni? Sejuk perut ibu mengandung :-)

Rancangan ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat Indonesia dan Dunia untuk memupuk minat membaca dan menghafal Al-Quran ketika anak-anak masih kecil. Bahkan secara langsung ia menunjukkan kepada seluruh manusia bahawasanya benarlah Al-Quran itu merupakan Mukjizat kerana seluruh manusia yang pelbagai bahasa boleh menguasainya sekalipun bangsa tersebut daripada bangsa 'ajam (asing), bukan bangsa arab.
0 Komentar untuk "Kaisa - Hafizah Cilik Indonesia Yang Memukau Juri"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info