adsense LGBT makin berani atau kita semakin kecut, soal Puteri Umno - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

LGBT makin berani atau kita semakin kecut, soal Puteri Umno


Gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mendapat sokongan kelompok tertentu menimbulkan persoalan penguatkuasaan undang-undang syariah dalam membendung gejala negatif berkenaan, kata Puteri Umno Terengganu.

Ketuanya, Rozita Ismail berkata keberanian gerakan berkenaan semakin ketara apabila menggunakan platform hak asasi manusia untuk mendapat tempat dalam masyarakat.

“Di mana silapnya undang-undang syariah dicabar lebih terbuka menuntut untuk membenarkan amalan yang diharamkan.

“Gerakan LGBT yang kononnya berlatarbelakangkan konsep hak asasi manusia menuntut supaya golongan mereka ini diiktiraf perundangan Malaysia. Mereka berani atau kita yang mula menjadi kecut?” soalnya ketika membahaskan usul agama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Rozita berkata, budaya LGBT di Malaysia bertambah buruk apabila golongan silang jantina berkenaan tanpa segan silu mengenakan pakaian yang berlawanan dengan jantina mereka.

“Malah hati ini makin terluka dengan kesediaan anak muda Islam sendiri untuk menjual kehormatan.

“Tidak cukup seluar, tidak cukup kemeja, hendak pula pakai kebaya, berhijab. Walhal janggut tumbuh (di dagu),” katanya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya awal bulan ini memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan Perlembagaan.

Kes berkenaan difaikan oleh Muhammad Juzaili Mohamad Khamis, 16, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 2012 bertujuan mencabar keputusan Mahkamah Syariah.

Sumber : Yahoo


0 Komentar untuk "LGBT makin berani atau kita semakin kecut, soal Puteri Umno"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info