adsense Alhamdulillah ! Kelantan Negeri Pertama Di Dunia Perinci Hukum Hudud ! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Alhamdulillah ! Kelantan Negeri Pertama Di Dunia Perinci Hukum Hudud !



Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Kelantan merupakan negeri pertama di dunia yang memperincikan hukuman terhadap pesalah hudud, satu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Kelantan merupakan negeri pertama di dunia yang memperincikan hukuman terhadap pesalah hudud, satu langkah yang dilihat akan mengeruhkan lagi hubungan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, negara lain seperti Arab Saudi juga tidak melakukan perincian kaedah dalam pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS)(II) sepertimana yang dilakukan negeri itu.

Bercakap di Kota Baru menurut laporan Harakahdaily hari ini, perincian kaedah yang dimasukkan dalam draf baru itu termasuk bagi menjelaskan mengenai orang menghukum.

“Berdasar kepada maklumat semasa, Kelantan merupakan negeri pertama yang memperincikan kaedah pelaksanaan hukuman terhadap pesalah di bawah undang-undang Islam.

“Mungkin juga pertama di dunia. Daripada segi teknikaliti dan dokumen, Kelantan yang pertama memilikinya. Di Arab Saudi tidak ada dokumen,” Amar dipetik sebagai berkata oleh lidah rasmi parti itu.

Menurut Harakahdaily, difahamkan yang prosedur pelaksanaan hudud di Arab Saudi hanya berpandukan kebijaksanaan hakim.



Rancangan melaksanakan hudud di Kelantan mencetuskan kontroversi kerana ia tidak pernah mendapat persetujuan daripada rakan PR mereka, iaitu DAP.

Malah, DAP yang lantang membantah pelaksanaan tersebut berkata, tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi dipersetujui PR.

Bagaimanapun, Kelantan tetap dengan pendiriannya menyatakan akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tahun depan bagi membolehkan EKJS (II) yang diluluskan pada 1993 dapat dilaksanakan.

Selain itu, kerajaan negeri juga mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bagi memperkemaskan lagi EKJS(II).

Amar yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat negeri berkata, pelaksanaan undang-undang tersebut akan berpandukan kepada dokumen tersebut.

Katanya, mengikut amalan biasa dalam aspek perundangan, setiap acara jenayah sepatutnya perlu dinomborkan.

“Apa yang kita buat di Kelantan secara dokumen dan ia boleh dibuat rujukan oleh sesiapa saja nanti,” katanya kepada akhbar itu.

Beliau berkata, selama ini ramai yang mengkritik hudud kerana mereka tidak faham.

"Sebab itu perlu kita perincikan lagi,” katanya. 
0 Komentar untuk "Alhamdulillah ! Kelantan Negeri Pertama Di Dunia Perinci Hukum Hudud ! "

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info