adsense Anda Suka Berhutang? Sila Baca Artikel Ini - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Anda Suka Berhutang? Sila Baca Artikel Ini



"Dia dah kaya, bisnes dia dah maju, apalah sangat hutang aku kat dia, tak kan dia nak berkira lagi kot... wat donno sudahla..."

Kalau kita beranggapan macam ini, sebenarnya kita sengaja melangkahkan kaki ke jalan rezeki yang semakin sempit.

Kita tak pernah tahu samada tuan yang kita berhutang itu redha atau tidak. Kita sengaja buat-buat tak tahu dan melambatkan membayar hutang. Ini adalah musibah besar dalam kehidupan kita. Kerana sudah tiada keberkatan dalam hidup.

Jangan sesekali pandang remeh jika kita masih berhutang dengan si dia walaupun hanya dengan satu sen.

Si dia yang sakit hati atau kecewa dengan sikap kita yang suka berhutang dan kemudiannya lambat bayar atau buat-buat tak tahu sebenarnya kita telah termasuk dalam golongan yang menzalimi hak orang. Walaupun dia sudah menjadi seorang yang kaya raya sekalipun.

Ingatlah berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Berdosa besar ini adalah suatu kesalahan yang sangat berat dan ia berhajat kepada taubat nasuha.
Orang yang kita zalimi itu rezekinya sentiasa bertambah dan pintu rezeki dalam kehidupannya sentiasa terbuka luas kerana bersabar dengan sikap kita yang suka berhutang dan tidak mahu membayarnya kembali.

Ketika menuntut di Makkah dahulu seorang Syekh Abdullah pernah berpesan kepada saya, "Tuntutlah hutang dengan mereka yang berhutang denganmu, kerana khuatir dengan hutang (antara kamu dan dia) itu telah mencampakkan dirinya ke lembah neraka"

Apakah maksud tersirat Syekh Abdullah ini? Maksudnya ialah kita menuntut hutang bukanlah kita nak berkira dengan duit atau harta. Akan tetapi kita tidak mahu disebabkan hutang ini dirinya menjadi satu tabiat suka mengambil kesempatan ke atas orang lain dan menyebabkan rezekinya menjadi sempit.

Percayalah, orang yang suka berhutang dan tidak mahu berusaha untuk membayarnya balik, rezekinya sentiasa sempit dan tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Nauzubillahiminzalik...

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Ditulis Oleh Halim Islam Via Facebook
0 Komentar untuk "Anda Suka Berhutang? Sila Baca Artikel Ini"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info