adsense Dr.Yusuf Al-Qaradawi, Notis Merah Interpol, ISIS dan JAKIM Yang Perlu Anda Baca - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Dr.Yusuf Al-Qaradawi, Notis Merah Interpol, ISIS dan JAKIM Yang Perlu Anda Baca



Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM (23.12.2014) Berkenaan

"Isu Waran Tangkap Profesor Dr.Yusuf Al-Qaradawi Oleh Polis Antarabangsa (Interpol)"


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin menyatakan pandangan terhadap isu ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradawi yang berdepan dengan waran tangkap (Notis Merah) oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

2. Perlu ditegaskan secara dasarnya, kita sama sekali menolak sebarang usaha penindasan terhadap mana-mana individu dan umat Islam.

3. Tindakan pihak tertentu yang cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Prof Dr.Yusuf Al-Qaradawi tanpa asas dan siasatan merupakan satu penganiayaan sensitiviti umat Islam malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Umum maklum beliau merupakan seorang tokoh ulama kontemporari yang disegani dan dijadikan rujukan semasa bagi masyarakat Islam seluruh dunia.

4. Kita juga berpandangan tuduhan yang melabelkan beliau sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas. Buktinya, pemimpin ulama sedunia berkenaan telah menyatakan pendirian beliau terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh ISIS pada 5 Julai 2014 yang lalu adalah melanggar Syariah malah setiap pandangan dan fatwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai.

5. Semua pihak seharusnya mempertimbangkan ketokohan Profesor Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebagai seorang tokoh ulama' yang disegani dunia. Beliau diakui bukan sahaja seorang tokoh ilmuan malah memberi sumbangan yang cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan beliau yang bersifat kontemporari dan sentiasa menjadi rujukan dan pengikut yang ramai.

6. Malaysia juga pernah menobatkan Profesor Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2009 berdasarkan kriteria yang jelas antaranya keilmuan beliau, kesederhanaan yang beliau praktiskan selari dengan ajaran Islam termasuklah menghormati sistem demokrasi yang harmoni. Malah sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.

7. Justeru, kita mencadagkan agar pihak berkenaan menarik balik Notis Merah yang dikeluarkan terhadap Profesor Dr.Yusuf Al-Qaradawi.

Sekian, Terima Kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
Dato' Haji Othman Bin Mustapha
23 Disember 2014
0 Komentar untuk "Dr.Yusuf Al-Qaradawi, Notis Merah Interpol, ISIS dan JAKIM Yang Perlu Anda Baca"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info