adsense Hooligans Kononnya "Hebat" akhirnya Menangis Di Mahkamah - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Hooligans Kononnya "Hebat" akhirnya Menangis Di Mahkamah



Shah Alam - Lima penyokong Harimau Malaya termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Masjistret Shah Alam semalam terhadap pertuduhan merusuh semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki awal bulan ini.

Mereka adalah pekerja bahagian Kargo Lapangan Terbang Senai, Amirul Akma Nooradzhar 22, Penghantar surat Zulhelmy Akmal Zainal 28, Pelajar Politeknik Nilai Muhammad Naqiuddin Sallehuddin 19, Peniaga Sate Mohd Aminuddin Hamdan 34, dan adiknya Noor Hadi Hamdan 29.

Sebelum prosiding bermula, Mohd Aminuddin dan Muhammad Naqiuddin yang sepatutnya melapor diri untuk menjalani latihan praktikal selepas insiden itu kelihatan menangis di tempat duduk mereka.

Berdasarkan pertuduhan mereka didakwa merusuh dengan menyerang penyokong Vietnam yang menonton perlawanan bola sepak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Quadrant A, Stadium Shah Alam Seksyen 13 dekat sini jam 9.50 malam pada 7 Disember lalu. Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua thaun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Rustam mencadangkan RM8,000 sebagai jaminan bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Peguam, Muhammad Hidhir Mustapa, Amir Khusyairi Mohd Tanusi dan M Hafiz Zainol Abdidin mewakili semua tertuduh memohon mahkamah membenarkan wang jaminan yang rendah kerana mereka daripada keluarga susah.

Majistret, Ellyana Razali membenarkan jaminan RM2,800 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.
0 Komentar untuk "Hooligans Kononnya "Hebat" akhirnya Menangis Di Mahkamah"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info