adsense PANAS !!! Akhirnya Kedai Hamley's Melutut Mohon Maaf Kepada Rosyam Nor Isu Buka Tudung !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

PANAS !!! Akhirnya Kedai Hamley's Melutut Mohon Maaf Kepada Rosyam Nor Isu Buka Tudung !!!




Hamleys telah mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjanya yang tidak memberi maklumat tepat kepada anak Rosyam.

KUALA LUMPUR, 21 Disember: Kedai permainan Hamleys mengeluarkan satu kenyataan maaf di laman Facebook rasminya berkenaan isu ‘syarat buka tudung nak minta kerja di Hamleys’ yang telah diutarakan oleh pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor.

Dalam kenyataan tersebut, Hamleys turut memberi penjelasan bahawa tiada sebarang polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.

Malah, tindakan disiplin telahpun diambil terhadap pekerjanya yang tidak memberi maklumat tepat kepada anak Rosyam.

“Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

“Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Pada Khamis, Rosyam melalui laman Twitter telah meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.
0 Komentar untuk "PANAS !!! Akhirnya Kedai Hamley's Melutut Mohon Maaf Kepada Rosyam Nor Isu Buka Tudung !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info