adsense Teksi KL Sentral macam reban ayam, mana pihak berwajib? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Teksi KL Sentral macam reban ayam, mana pihak berwajib?

Gambar sekadar hiasan
PAGI hari ini, (9 Disember) saya pergi ke KL sentral. Sementara menunggu giliran membeli tiket, saya duduk di tempat menunggu teksi. Alangkah terkejut apabila saya melihat sebuah teksi yang uzur, buruk dan kotor serta pemandu yang tidak kemas, mengambil penumpang di KL sentral yang gah, bersih dan moden. 

Teksi ini adalah jenis Proton Iswara dan keadaannya tidak dijaga oleh pemiliknya. Melihat keadaan ini seolah-olah saya berada di Hanoi, Myanmar. Berdasarkan kes ini saya meminta pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memantau keadaan sesetengah teksi terutamanya di Kuala Lumpur.

Keadaan ini memalukan dan mencemar imej negara yang mahu menjadi negara maju pada tahun 2020, kira-kira lima tahun lagi. Imej perkhidmatan sesetengah teksi tidak menggambarkan hasrat itu.

Saya mencadangkan supaya SPAD meletakkan pegawainya di KL Sentral supaya mudah memantau teksi yang seperti reban ayam ini. Kalau tidak pun, pindahkan teksi sebegini ke Ulu Speri atau Ulu Yam atau Lahat Yoi!

Lagi satu, yang menimbulkan kemusykilan saya ialah bagaimana Puspakom boleh luluskan permit teksi sebegini? Harap-harap SPRM dapat pantau.

Ditulis Oleh Badarshah Abd Majid
0 Komentar untuk "Teksi KL Sentral macam reban ayam, mana pihak berwajib?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info