adsense Tiada Papan Amaran Punca Bas Terbalik Di Lebuhraya Sungai Buloh - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Tiada Papan Amaran Punca Bas Terbalik Di Lebuhraya Sungai Buloh



Sungai Buloh: Bas persiaran yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Ipoh, Perak terbalik selepas dipercayai terperosok ke dalam tebing jalan sedalam kira-kira satu meter berhampiran Restoran Jejantas, Sungai Buloh di Lebuhraya PLUS dari Rawang menuju ibu negara, 12 tengah malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

Pemandu bas berkenaan K Ramesh, 45, berkata, sebelum kejadian bas yang dipandunya itu berhenti seketika di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh sebelum menyambung kembali perjalanan ke Singapura.
"Keadaan jalan begitu gelap, saya tidak perasan jalan yang sedang dinaik taraf itu mempunyai tebing sedalam satu meter sebelum bas yang dipandu terperosok dan terbalik," katanya.

Beliau mendakwa faktor tiada papan tanda amaran dan kon keselamatan di kawasan jalan itu menjadi punca dia tidak menyedari laluan berkenaan mempunyai tebing yang tinggi.


0 Komentar untuk "Tiada Papan Amaran Punca Bas Terbalik Di Lebuhraya Sungai Buloh"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info