adsense Allahuakbar !!! Helikopter Terhempas Ketika Hantar Bekalan Makanan Untuk Mangsa Banjir !!! (GAMBAR & VIDEO) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Allahuakbar !!! Helikopter Terhempas Ketika Hantar Bekalan Makanan Untuk Mangsa Banjir !!! (GAMBAR & VIDEO)

  



Diceritakan oleh Zuhasnan Abdullah

Allah hu rabbi...........
anda semua mungkin tidak akan percaya apa yang saya dan pasukan telah lalui hari ini !!

pada hari ini 31/12/2014 saya bersama pasukan dari persatuan balqis kota bharu telah menghantar misi bantuan kemanusian mangsa banjir di Kg Rambai Dalam, Tanah Merah Kelantan.

pada pukul 6.30 kelihatan Helikopter PDRM sedang membuat pusingan rendah untuk mengagih bantuan, sebelum hilang kawalan dan terhempas di hadapan kami pada jarak 50 meter !!

syukur Alhamdulilah, bersama kami adalah pasukan medik seramai 5 orang doktor yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan mangsa kejadian tersebut.

Alhamdulilah, kesemua anggota polis terdiri daripada 3 lelaki dan 1 perempuan berjaya diselamatkan. 2 anggota lelaki cedera parah di muka dan kaki.

sama2 kita doakan keselamatan mereka dan keselamatan negara kita agar terus dilindungi Allah SWT.

berikut adalah sedikit video saat cemas yang dirakamkan oleh saya semasa di tempat kejadian. diharapkan agar video ini tidak di manipulasikan oleh orang lain.


Penduduk Kampung Rambai gempar helikopter terhempas

TANAH MERAH: Penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada 6.30 petang tadi, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti letupan dan terus menjunam ke darat.




Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur, Mohd Zulhasnan Abdullah yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang - tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui di kampung itu, di sini hari ini.



Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.

"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa semua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.

"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.



Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.

Seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.

"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar dentuman dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.

"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya. - BERNAMA

PANAS !!! ADAKAH TNB PENYUMBANG SEBENAR BANJIR BESAR DI KELANTAN??? - DATUK HUSAM MUSA >>> http://hensemedia.blogspot.sg/2015/01/panas-adakah-tnb-penyumbang-sebenar.html


PANAS !!! TEORI KONSPIRASI PUNCA SEBENAR BANJIR BESAR DI KELANTAN MULA DIBANGKITKAN ??? >>> http://hensemedia.blogspot.sg/2015/01/panas-teori-konspirasi-punca-sebenar.html


KLIK DI SINI LAPORAN MENGENAI PEMBINAAN SISTEM JANAKUASA DAN EMPANGAN KENYIR 2 >>> http://hensemedia.blogspot.sg/2014/10/pembangunan-empangan-di-kenyir-2.html

TONTON VIDEO : 


0 Komentar untuk "Allahuakbar !!! Helikopter Terhempas Ketika Hantar Bekalan Makanan Untuk Mangsa Banjir !!! (GAMBAR & VIDEO)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info