adsense OMG !!! Cristiano Ronaldo Menyepak Edimar Fraga Sehingga Dilayang Kad Merah Akibat Putus Cinta ?! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

OMG !!! Cristiano Ronaldo Menyepak Edimar Fraga Sehingga Dilayang Kad Merah Akibat Putus Cinta ?!



MADRID – Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah kerana menendang pemain pertahanan Cordoba, Edimar Fraga dalam aksi Liga Sepanyol, Sabtu lalu.

Pemain kelahiran Portugal itu hanya akan menyaksikan perlawanan dari kerusi penonton pada dua aksi liga ketika pasukannya bertemu Real Sociedad dan Sevilla minggu depan.

Dalam aksi Sabtu lalu, Ronaldo dilihat sengaja menyepak Fraga yang cuba menghalangnya daripada melakukan sepakan yang mana ketika itu, keputusan masih lagi 1-1 sebelum Gareth Bale menyempurnakan sepakan penalti untuk mengesahkan kemenangan Real pada perlawanan tersebut.

Ramai pengkritik sukan berpendapat, Ronaldo ketika itu gagal mengawal emosi kerana baru saja memutuskan hubungan dengan teman wanitanya, Irina Shayk.

Susulan daripada insiden memalukan itu, Ronaldo telah mengemukakan permohonan maaf kepada semua penyokongnya dalam laman Twitter sejurus selepas dilayangkan kad merah.

“Saya minta maaf kepada semua, terutamanya kepada Edimar kerana kekasaran yang saya lakukan,” katanya.

Ronaldo juga bernasib baik kerana pengadil perlawanan, Alejandro Jose Hernandez mengklasifikasikan tindakan itu sebagai tidak ganas, sekali gus menyaksikan Ronaldo hanya digantung dua perlawanan sahaja. – AFP
0 Komentar untuk "OMG !!! Cristiano Ronaldo Menyepak Edimar Fraga Sehingga Dilayang Kad Merah Akibat Putus Cinta ?!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info