adsense Pengharam GST Oleh Syeikh Nuruddin Disangkal Oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (VIDEO) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Pengharam GST Oleh Syeikh Nuruddin Disangkal Oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (VIDEO)



SHAH ALAM - Hujah yang digunakan untuk menjatuhkan hukum haram terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak boleh digunakan kerana mengambil kira pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab yang turut mengamalkan sistem percukaian.

Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.

“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.

“Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk satu kenyataan viral di internet mengenai pandangan seorang ustaz yang mengatakan GST adalah haram berasaskan hujah cukai yang dikatakan haram dari sudut agama Islam.

Menurutnya, pandangan ustaz tersebut tidak boleh diambil kira kerana ulama mempunyai perbezaan pandangan dalam keempat-empat mazhab.

“Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh (kenakan cukai). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat.

"Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahli syura, pakar, penasihat yang jujur lagi amanah, maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya,” jelasnya.-Sinar Harian 

Video: “Sheikh Nuruddin Kata Cukai GST Haram Dikenakan Keatas Umat Islam” ─ Ustaz Fawwaz MD Jan
0 Komentar untuk "Pengharam GST Oleh Syeikh Nuruddin Disangkal Oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (VIDEO)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info