adsense Baby Yang Comel Ini Meninggal Akibat Kecuaian Bapa !!! Al-Fatihah !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Baby Yang Comel Ini Meninggal Akibat Kecuaian Bapa !!! Al-Fatihah !!!


Baling: Seorang bayi lelaki berusia sebulan menemui ajal akibat terhentak pada papan pemuka kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan balak di Kilometer 47.3, Jalan Baling-Sungai Petani, berdekatan Kampung Charok Bemban, Kupang, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang apabila mangsa Zul Izul Islam Zulfazli, sebulan, dikatakan terlepas daripada pangkuan ibunya selepas kereta dipandu bapanya, Zulfazli Zulkifli, 23, dipercayai merempuh tayar depan sebelah kanan lori terbabit menyebabkan kenderaan itu remuk di bahagian hadapan.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tersusun, Bandar Riang, Gerik, Perak.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, bayi itu dipercayai meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling, manakala bapa mangsa parah di kepala dan menerima rawatan sementara ibunya Nurul Najihah Mohd Bakri, 19, dirawat sebagai pesakit luar.
0 Komentar untuk "Baby Yang Comel Ini Meninggal Akibat Kecuaian Bapa !!! Al-Fatihah !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info