adsense Kisah Hidup Berjiran China Dan Melayu Ini Mendapat 11,843 LIKE. Anda Mesti Tak Percaya Apa Yang Berlaku... - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kisah Hidup Berjiran China Dan Melayu Ini Mendapat 11,843 LIKE. Anda Mesti Tak Percaya Apa Yang Berlaku...



Kuala Lumpur: `My neighbour the beloved Mak Ngah decided to bake us Brownie cake for Chinese New Year. Mak Ngah has a very special relationship with us...’

Itulah antara ayat yang dimuatnaik oleh Tai Zee Kin, 27, di akaun Facebook miliknya, pada 9.34 pagi, hari ini, mengenai jirannya, Nariman Ahmad, 62, atau mesra dipanggil Mak Ngah.

Foto yang memaparkan Mak Ngah menyerahkan kek brownie kepada Tai menerima ‘like’ daripada 11,843 pengguna Facebook.

Tai ketika dihubungi di Sungai Petani, berkata: “Susah nak dapat jiran seperti Mak Ngah. Bukan saja baik, tapi Mak Ngah buat kami terasa seperti keluarga sejak kami berpindah ke Taman Patani Jaya Sungai Petani, hampir 20 tahun lalu.

“Mak Ngah bukan saja ringan tulang malah perwatakannya mudah mesra tidak kira bangsa dan agama. Ia membuatkan kami selesa dengannya.”

Menceritakan pengalamannya, Tai yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu, berkata sejak usianya masih kecil, Mak Ngah sudahpun menyediakan nasi lemak untuk bekalannya ke sekolah.

“Kegemaran Mak Ngah adalah memasak. Apa saja yang dia masak, kami juga akan dapat merasanya. 

Antara masakan menjadi kegemaran saya sekeluarga adalah lontong dan rendang,” katanya.
Tai sekeluarga sebelum ini menetap di ibu negara dan Pulau Pinang namun selepas berpindah ke Sungai Petani, Kedah, iaitu ketika usianya lapan tahun, pelbagai perkara diperoleh dan dipelajari daripada jirannya itu.

Menurutnya, Mak Ngah dan suami, Mohd Idris Rei, 63, banyak mendedahkan dirinya dengan budaya, adat dan masakan tradisional masyarakat Melayu.

“Kalau ada kenduri kahwin masyarakat Melayu, Mak Ngah akan membawa saya dan adik beradik lain bersama mereka. Ia mengeratkan lagi perpaduan antara kaum. Apabila kami tiada di rumah, Mak Ngah dan suaminya akan tolong mengawasi kediaman supaya tidak berlaku sesuatu tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Mak Ngah ketika dihubungi berkata: “Saya memang suka memasak.”

Menurutnya, perlu ada sikap menghormati antara satu dengan lain tidak kira bangsa dan agama untuk erat silaturahim.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu hati dan tidak bermusuhan. Tak kira sama ada Melayu, Cina dan India. Ini kerana jika sesuatu perkara berlaku pada kita nanti, mereka jugalah yang akan membantu,” katanya.

-----------------------

Status yang ditulis dalam Facebook : 

My neighbour the beloved Mak Ngah decided to bake us Brownie cake for Chinese New Year. Mak Ngah has a very special relationship with us. When we were kids, we loved her Nasi Lemak so much that mom asked if she would cook for us for school. She agreed and every morning after her morning prayers she would cook, pack them, and hang it on the fence so that we could pick it up later and eat them at school.

There are many "first" experience of me in Mak Ngah's house. Literally the first Malay/Muslim house I visit, the first Malay/Muslim conversation I ever had, the first hari Raya open house I ever attended, etc.

To date, we are still good neighbours and Mak Ngah is still very generous with her delicious cakes, kuih etc.
Good neighbours are better than distance relatives (Chinese idioms). Many more years to come Mak Ngah and Tok Haji! Moga dimurahkan rezeki selalu dan dipanjangkan umur buat sekeluarga Mak Ngah.

-----------------------
0 Komentar untuk "Kisah Hidup Berjiran China Dan Melayu Ini Mendapat 11,843 LIKE. Anda Mesti Tak Percaya Apa Yang Berlaku..."

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info