adsense Panas !!! Akibat Pengurusan Tidak Adil Dan Penuh Politik, Akhirnya TMJ Keluar Daripada FAM !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Panas !!! Akibat Pengurusan Tidak Adil Dan Penuh Politik, Akhirnya TMJ Keluar Daripada FAM !!!



PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

"Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM," katanya seperti dipetik dalam JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, beliau mengimpikan negara mempunyai badan pentadbir bola sepak yang dikendalikan oleh golongan berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bola sepak sekali gus bukannya ditadbir oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik satu masa nanti.

"Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya.

"Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bola sepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bola sepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri.

"Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bola sepak, permainan yang indah, tiada politik," katanya.
0 Komentar untuk "Panas !!! Akibat Pengurusan Tidak Adil Dan Penuh Politik, Akhirnya TMJ Keluar Daripada FAM !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info