adsense PANAS !!! Benarkah Restoran Me'Nate Steak Hub Menyediakan Daging Wagyu Yang Haram???!!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

PANAS !!! Benarkah Restoran Me'Nate Steak Hub Menyediakan Daging Wagyu Yang Haram???!!!


pemilik restoran Me' Nate Encik Mustaffa Othman

 Sebelum ini kami telah melakukan pendedahan tentang Restoran Me Nate Steak Hub dimana ada pihak yang sengaja menyebarkan resit harga makanan di restoran itu yang terlalu mahal dan kami telah mendedahkan kenapa makanan yang dipesan tersebut mahal.


Ada juga pembaca yang meragui status halal makanan yang disediakan di restoran tersebut dengan mempertikaikan tidak ada daging jenis Wagyu HALAL kerana dikatakan terdapat bir dan wine antara satu diet untuk memastikan daging tersebut berlemak.

Jadi kerana persoalan ini pemilik restoran Me' Nate Encik Mustaffa Othman telah tampil menjelaskan perkara ini.





Tahukah anda bahawa Encik Mustaffa pemilik restoran ini adalah Penasihat pemakanan pada Muslim Consumer Food Code untuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Bukan calang-calang orang juga beliau di Malaysia selain sebelum ini beliau adalah pakar daging di Istana Ratu Elizabeth iaitu Istana Buckingham, London.

---------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah penjelasan Encik Mustaffa Othman dalam perkara ini:

Salam,

Izinkan saya memberikan sedikit pencerahan disini, mohon maaf sekiranya ada terkasar atau mungkin terguris hati, saya tidak bermaksud serta berniat atau mendendami sesiapa hanya sekadar untuk memberikan penjelasan. InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua, kami TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL tapi kami bertanggung jawab menyediakan makanan yang HALALAN THOYYIBAH pada semua pelanggan kami yang berlanggan, kerana sejak azali kami dilahirkan oleh keluarga MELAYU yang mengamalkan ikutan ISLAM dulu sehingga sekarang, pemilikkan kami pon tak pernah kami berkongsi dengan bukan Islam, tanggung jawab kami adalah pada ALLAH yang satu, kami boleh membohongi pelanggan semasa di dunia tapi bila kembali nya kami ke rahmatullah kami bakal menjawab pada ALLAH seorang diri disana, tiada dapat kami memohon pertolongan pada sesiapa pon ketika itu, ITU ADALAH PASTI serta AMAT KAMI TAKUTI balasan serta azab ALLAH tidak terperi sakitnya. Kami boleh membohongi sesiapa sahaja semasa di DUNIA tapi dihadapan ALLAH tunggulah akan azabnya. 

Me'nate Steak Hub StarParc, Setapak, dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din 


Oleh itu untuk pengetahuan semua pelanggan atau bakal pelanggan tidak sama sekali kami membenarkan pelanggan kami membawa masuk sebarang minuman keras serta makanan yang tidak HALAL kedalam premis kedai kami dan juga memastikan pekerja kami pon tidak membawa sebarang minuman keras kedalam premis kami itu kami terapkan dan kami pasti dan yakini pada semua pekerja, sekiranya terdapat sesiapa mengingkari kami akan ambil tindakan. 

Kerana itulah tanggungjawab kita sebagai umat ISLAM, dan untuk sekali lagi buat pengatahuan kenapa saya membuka STEAK HOUSE ini kerana saya dicabar TANPA ALKOHOL Steak House takkan survive. Itu lah yang menguatkan diri saya menyahut cabaran si pencabar kerana saya PERCAYA & YAKIN YANG REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH BUKAN DARI MEMBOHONGI PELANGGAN ATAU MENCAMPURI SEGALA YANG HARAM SEPERTI ARAK DALAM MAKANAN YANG KAMI SEDIAKAN PADA SEMUA PELANGGAN KAMI, Alhamdullilah setelah 8 tahun kami berniaga ALLAH telah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga tanpa terlibat dengan sebarang SYUBAHAH serta HARAM, SYUKUR kami pada ALLAH atas kurniaan rezeki yang BAROKAH, sehingga kami tidak meminjam dari mana mana insitusi Bank Bank perdagangan kerana takuti terlibatnya kami dengan RIBA. Insya'Allah kami takkan khianati tanggungjawab kami pada seluruh umat Islam apa lagi pada pelanggan atau yang bakal melanggan dikedai kami, keyakinan kami pada ALLAH yang satu mengatasi segalanya. Kami bukan mahu meraih simpati, hanya kami mahukan sesuatu yang terbaik buat keseluruhan pelanggan kami yang kami hargai serta kami hormati, dengan cara mencampuri sesuatu yang HARAM pada makanan kami itu adalah perbuatan yang menzalimi diri sendiri serta pada pelanggan yang datang bertandang dikedai kami demi mencari NAFKAH bukan sahaja HALAL tapi berserta THOYYIB nya sekali.

BACA : Koleksi Gambar Restoran Me'nate Steak Hub (13 Gambar)

Semoga dengan penjelasan ini dapat merungkai segala tandat tanya yang berlegar di fikiran.

Maaf dipohon sekiranya warkah ini mungkin membuat sipembaca terguris atau terkasar, kerana yang baik itu adalah dari Allah yang tidak baik itu adalah dari saya.

Dan yang terakhir sekiranya apa apa jua kesalahan serta salahanggap terhadap saya serta perniagaan kami "SAYA MEMAAFKAN SEMUA YANG TERSILAP SERTA YANG BERSANGKA BURUK PADA KAMI" LILLAH'HI'TAALA SERTA MENADAH TANGAN MENDOAKAN pada Allah agar anda semua di RAHMATI ALLAH, DIPANJANGKAN UMUR, DISIHATKAN TUBUH BADAN, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN semuga kita terus bersyukur akan nikmat dan terus sujud pada nya yang satu, Allah'hu'akhbar. 

Mustaffa Hj Othman. ( 012-9111777)
Masterbutcherchef & Penasihat pemakanan pada (MCFC) Muslim Consumer Food Code. (PPIM) Persatuan Pengguna Islam Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------------



Jadi kita janganlah cepat bersangka buruk kepada orang lain tanpa usul periksa kerana perkara ini bukan sahaja cuba menjatuhkan seseorang malah diri sendiri mendapat dosa.

Jadi dengan penjelasan pemilik restoran ini harap segala persoalan terjawab. Kami doakan semoga perniagaan tuan sentiasa dirahmatiNya. - Siakapkeli.com.my


0 Komentar untuk "PANAS !!! Benarkah Restoran Me'Nate Steak Hub Menyediakan Daging Wagyu Yang Haram???!!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info