adsense Punca Nahas Pesawat TransAsia Dikenal Pasti !!! (9 GAMBAR) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Punca Nahas Pesawat TransAsia Dikenal Pasti !!! (9 GAMBAR)

 



TAIPEI - TAIWAN. Pihak berkuasa Taiwan sedang menyiasat punca kedua-dua enjin pesawat TransAsia Airlines mati ketika terhempas di sungai, Rabu lalu.

Memetik laporan BBC, data yang diperoleh dari kotak hitam menunjukkan enjin ditutup selepas enjin yang lain hilang kuasa.

Pengarah Eksekutif Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan, Thomas Wang berkata, penggera enjin kanan berbunyi hanya 37 saat selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang.

Melalui rakaman di kokpit, juruterbang utama berkata api keluar dari enjin dan menurut Wang, perkara itu boleh berlaku apabila bekalan bahan api tercemar.



Namun, katanya, data menunjukkan enjin pesawat itu sebenarnya telah diubah ke mod ‘idle’.

Sesaat kemudian, juruterbang mematikan enjin kiri yang menjadikan kedua-dua enjin tidak berfungsi.

Meskipun usaha menghidupkan semula enjin cuba dilakukan namun pesawat itu terhempas 72 saat kemudian.

Menurut pihak berkuasa, masih belum jelas sebab enjin kiri dimatikan dalam keadaan pesawat tersebut, ATR 72-600 mampu terbang hanya dengan satu enjin.



Namun, Wang menyatakan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang punca enjin pertama hilang kuasa sambil memberitahu bahawa juruterbang telah mengikut prosedur biasa.

Pesawat TransAsia yang membawa 58 penumpang dan kru, terhempas sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Songshan dalam perjalanan ke pulau Kinmen.






0 Komentar untuk "Punca Nahas Pesawat TransAsia Dikenal Pasti !!! (9 GAMBAR)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info