BIARPUN sibuk dengan rangka promosi album terbaharunya ‘Aku Datang’ yang telah dilancarkan November lalu, penyanyi berbakat, Tomok tetap mengutamakan keluarganya.
Keadaan isterinya, Siti Rahayu Abas yang sedang sarat hamil anak kedua mereka membuatkan Tomok mengehadkan aktiviti seninya.
“Buat masa ini saya mahu fokus dengan keluarga tambahan pula tarikh isteri saya dijangka bersalin kurang seminggu lagi.
“Kalau ada jemputan luar dari Kuala Lumpur memang saya terpaksa tolok buat sementara waktu ini,” katanya pada majlis pelancaran ‘Tak Harus Memiliki’ sebagai lagu tema filem Isyarat Cinta yang bakal ditayangkan bermula 19 Mac ini.
Bertanyakan mengenai persiapannya menyambut cahaya mata keduanya, Tomok bagaimanapun mengakui ia dilakukan lebih tersusun.
“Semua barang-barang keperluan sudah pun kami sediakan dan cuma tunggu masa sahaja.
“Alhamdulillah, perasaan yang sama seperti menyambut putera pertama, saya memang teruja dan mengharapkan isteri dan anak kami berada dalam keadaan yang sihat dan itu paling penting,” katanya teruja.
Hasil perkahwinan mereka, tiga tahun lalu Tomok dan isteri telah dikurniakan seorang putera, Arrian Shah Akid.
0 Komentar untuk "Tahniah Tomok Dan Isteri Bakal Dikurniakan Cahaya Mata Kedua !!!"