Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di Kuala Lumpur, hari ini.
Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.
“Punca kejadian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – Bernama
TONTON VIDEO :
TONTON VIDEO :
SILA SHARE KEPADA AHLI KELUARGA DAN SAUDARA MARA ANDA !!!
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Jatuh Eskalator Tingkat Dua Sehingga Maut Akibat Kecuaian Penjaga (GAMBAR + VIDEO)"