
KUALA LUMPUR – Harga petrol untuk bulan April 2015 kekal tanpa perubahan harga, demikian pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) malam semalam.
Berikutan itu harga bahan api kegunaan ramai RON95 kekal dijual pada harga RM1.95 seliter. Bahan api diesel juga tidak berubah masih RM1.95 untuk setiap liter.
Harga petrol RON97 juga dikekalkan pada harga RM2.25 seliter bagaimana pun bahan api itu tertakluk pada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6.0 peratus.
Pengumuman tersebut sekaligus mematikan spekulasi sebelum ini yang menjangkakan kenaikan mendadak harga bahan api selaras dengan perlaksanaan GST yang bermula hari ini. – SuaraTV
0 Komentar untuk "Khabar Angin Petrol Naik TIDAK BENAR. Harga Petrol Kekal Untuk APRIL 2015 Ini."