adsense Kisah Sebenar Orang Tua Dihempap Pokok Tumbang Di Kampung Beranang Ini Pasti Buat Anda Rasa SENTAP !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kisah Sebenar Orang Tua Dihempap Pokok Tumbang Di Kampung Beranang Ini Pasti Buat Anda Rasa SENTAP !!!



Luahan Puan Adilah Hamzah.

TERKILAN DENGAN KEBODOHAN MASYARAKAT. SANGGUP BIARKAN ORANG TUA MATI TERSEPIT DIHUMBAN POKOK !!!

Petang tadi suami aku balik kerja agak lewat disebabkan hujan lebat. Dia hantar gambar melalui whatsapp, jalan jem sepanjang Beranang disebabkan pokok tumbang di depan, dia berhenti di wakaf tempat menunggu bas. Bertentangan wakaf tersebut ada kedai kosmetik, orang yang menjaga kedai tersebut panggil suami aku masuk ke kedainya sebab ribut di luar, angin kencang sampai terangkat bumbung kedainya.

Setelah hujan pun reda..suami aku start motor nak sambung perjalanan..dalam 100m ke depan, orang berkerumun di tempat pokok yang tumbang. Suami aku pun berhenti nak tengok juga apa yang menarik perhatian sangat orang ramai. Masing-masing tengah sibuk merakam dan mengambil gambar seorang pakcik tua yang dihempap pokok besar!! Betapa marahnya suami aku dengan kebodohan masyarakat kita yang berlumba-lumba nak jadi orang pertama sebarkan gambar di Facebook, Whatsapp,Instagram sehinggakan tak ada seorang pun yang nak tolong pakcik tersebut.

Suami aku gulung seluar kerjanya, meluru ke arah pakcik tersebut, rasa nadi di leher dan pergelangan tangan, tetapi pakcik itu sudah tiada. Suami aku jerkah orang sekeliling untuk tolong angkat pokok besar tu barulah orang terhegeh-hegeh nak tolong. Tetapi apakan daya, tidak awal dan lewat sesaat dua..pakcik itu sudah menemui ajalnya.

Apa yang suami aku kesalkan, jika mereka yang sibuk-sibuk ambil gambar untuk jadi orang pertama tu terlebih dahulu membantu pakcik yg tersepit di motornya disebabkan pokok yang menghempapnya mungkin pakcik itu boleh diselamatkan lagi. Tetapi manusia hari ini berebut untuk ambil gambar dahulu untuk disebarkan daripada berebut untuk menghulur bantuan. Pakcik tua tu, tak tahu siapa isterinya,tak tahu siapa anaknya..Bayangkan jika kita ini isterinya,kita anaknya alangkah sedih ayah yang dihempap pokok, anak yang jatuh dari Kenanga Wholesale, orang keliling sibuk mengambil gambar nak disebarkan di laman media sosial. Tak kena batang hidung sendiri memang tak sedar..

Semoga kekesalan suami aku hari ini menjadi pengajaran buat aku dan juga semua..Jika orang dalam kesusahan di tepi jalan raya,di masjid,di RNR, di kedai, di mana-mana sahaja,jadilah orang pertama hulurkan bantuan..bukan hulur handphone kau nak ambil gambar!

Suami aku yang memang tak ada Facebook, katanya nak guna handphone biasa-biasa sahaja,tak mahu ada whatsapp lagi kerana teknologi hari ini membunuh empati sesetengah masyarakat yang tidak berotak..

Begitulah bebelan aku ini..moga bermanfaat..

Wakaf Menunggu Bas, Beranang
0 Komentar untuk "Kisah Sebenar Orang Tua Dihempap Pokok Tumbang Di Kampung Beranang Ini Pasti Buat Anda Rasa SENTAP !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info