Kuala Lumpur -Seorang remaja berketurunan India dipukul oleh sekumpulan lelaki, tersebar di laman media sosial Facebook
Melalui rakaman video yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi, remaja yang cedera di muka itu diminta membuat pengakuan manakala seorang lelaki dari kumpulan terbabit merakam kenyataannya.
Di dalam video berdurasi dua minit lima puluh saat itu, menunjukkan remaja lelaki itu cedera di muka dipercayai di pukul.
Melalui terjemahan ringkas yang dibuat SuaraTV, remaja tersebut dikatakan terlibat dengan masalah dadah.
Ketika sedang memberikan kenyataannya, remaja tersebut turut dilihat dipukul berkali-kali sebelum ditenangkan oleh rakan yang lain.
SuaraTV sedang cuba menghubungi pihak polis bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian ini.
KLIK DI SINI UNTUK TONTON VIDEO (KLIK)
KLIK DI SINI UNTUK TONTON VIDEO (KLIK)
0 Komentar untuk "Remaja India Dipukul Kini Menjadi Viral Di Facebook. APA KEJADAHNYA ? (VIDEO)"