adsense Sayu...Kisah Sebenar Di Sebalik Kematian Gadis Pekerja Econsave Kluang, Johor Pasti Membuat Anda Sentap ! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Sayu...Kisah Sebenar Di Sebalik Kematian Gadis Pekerja Econsave Kluang, Johor Pasti Membuat Anda Sentap !



KLUANG - Hanya kerana cemburu, seorang gadis pekerja pasaraya Econsave maut ditikam dari belakang oleh seorang lelaki yang dipercayai bekas tunangnya.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 6 petang semalam, mangsa, Nursyafika binti Ismail, maut ditikam oleh bekas tunangnya yang dipercayai bermotifkan cemburu.

CERITA DI TEMPAT KEJADIAN

"Dalam jam 2 petang tadi, mangsa dan abangnya serta bekas tunang mangsa satu kereta dari rumah mereka di Felda Ulu Dengar ke Bandar Kluang. Abang mangsa, turunkan adiknya ke Econsave untuk kerja dan turunkan bekas tunang adiknya di bus stand Kluang untuk balik ke Johor Bharu.



"Rupa-rupanya budak itu jalan kaki patah balik ke Econsave dan jumpa mangsa semula dan ada berlaku pertengkaran di antara mereka. 

"Lelaki itu hilang pertimbangan terus memukul mangsa sehingga terbaring di jalan dan kejadian itu disaksikan oleh rakan sekerja mangsa.

"Semasa mangsa cuba bangun sambil memegang kaki rakannya, lelaki itu terus menikam pisau di rusuk kanan mangsa. Dengan pisau yang masih melekat di badan, mangsa dihantar ke hospital dan meninggal tanpa disaksikan oleh warisnya.

"Motif pembunuhan dipercayai lelaki itu tidak dapat menerima hakikat bahawa mangsa telah pun bertunang dengan orang lain. 


SUASANA SAYU DI HOSPITAL

"Kasihan dan simpati dengan keluarga mangsa. Kebetulan saya dan suami berada di hospital yang sama di mana mangsa dibawa. Simpati mendengar raungan si ibu dan keluarga mangsa. 

"Ibu mangsa sampai nak pengsan, terpaksa ditenangkan dan dipapah. Walaupun tidak mengenali mereka, namun hati turut sedih dengan nasib yang menimpa anak mereka.," kata Hana Amani.

Menurut sumber, suspek telah berjaya ditahan.

http://www.thehypemedia.com/
0 Komentar untuk "Sayu...Kisah Sebenar Di Sebalik Kematian Gadis Pekerja Econsave Kluang, Johor Pasti Membuat Anda Sentap !"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info