adsense Terbaek !!! Pemandu Teksi Beragama Islam Ini Memulangkan Semula Wang RM54,000 Menjadi Viral Di England - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Terbaek !!! Pemandu Teksi Beragama Islam Ini Memulangkan Semula Wang RM54,000 Menjadi Viral Di England



SEORANG pemandu teksi beragama Islam dianggap sebagai pemandu paling jujur di West Midlands, England apabila memulangkan semula sejumlah wang yang ditinggalkan di dalam kenderaan miliknya.

Penghargaan itu diberikan oleh seorang jurujual kereta iaitu Adrian Quinn apabila Mohammed Nisar memulangkan wang miliknya berjumlah £10,000 (RM54,000) yang tercicir di dalam teksi berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Adrian turut menyifatkan Mohammed sebagai rakan paling rapat dalam hidupnya.

“Pada hari kejadian, saya tidak begitu sihat. Apabila saya sedar, wang tersebut tiada lagi bersama saya, tidak tahu ia di mana.

“Tetapi apabila saya berlari semula ke teksi yang dinaiki sebelum itu, Mohammed masih berada di situ dan menyimpan beg milik saya tanpa membukanya.

“Saya bertanya kepada dia, kamu tahukah apa di dalam beg ini, dia menjawab tidak tahu kerana tidak membukanya. Saya kemudian menunjukkan wang tersebut kepada Mohammed, namun dia seperti tidak kisah dengan jumlah berkenaan,” jelasnya yang kemudian menyumbangkan sejumlah wang kepada pemandu teksi berkenaan.

Adrian yang teruja dengan kejujuran Mohammed kemudian berkongsi kebaikan lelaki Islam itu dengan pihak media. – Mstar
0 Komentar untuk "Terbaek !!! Pemandu Teksi Beragama Islam Ini Memulangkan Semula Wang RM54,000 Menjadi Viral Di England"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info