Sejujurnya, kereta secondhand jimat banyak sangat. Kalau kita beli kereta baru harga RM50k, maka kita boleh dapat kereta secondhand harga RM25k sahaja (baru berusia 5 tahun). So kita ada EKSTRA RM25k untuk uruskan maintenance.
Kalau nak beli kereta second, check buku servis & tengok bila last sekali service dan kereta tu ada buat major service tak?
Sebaiknya, ambil kereta yang last servicenya maximum pada 3 bulan lepas dan SUDAH major service. Lagi satu, kereta travel 20k KM setahun, So, 5 tahun dah jalan 100k KM dan biasanya sudah pernah overhaul sekali.
Overhaul ni wajib walaupun kereta tak pernah accident. Ramai orang tertipu beli kereta secondhand yang BELUM pernah di overhaul lagi.
Tertipu kerana tak ada ilmu dan tak mahu ambil pandangan otai-otai kereta secondhand serta tak mahu keluar duit sikit upah otai-otai kereta second untuk teman ketika beli kereta second tu.
Upah otai mungkin rm300, dan kita save RM5k, berbanding tak nak upah otai dan kita rugi RM5k.
Sekadar pandangan
P/S: NEVER buy alone, even a handphone
Penulis Oleh Facebook Zulhilmi Zainal
0 Komentar untuk "Jangan Beli Kereta Second Jika Tidak Tahu"