Pagi tadi saya hantar kenderaan saya untuk di buat servis tukar timming belt... macam biasa lah... masa tengah servis macam macam lah yang dikatanyer sakit...dan antaranyer disuruh tukar power stering kid sebab power stering bocor katanyer....ok lah.. suruh pomen buat sekali... bila dah siap.. bawa kereta balik rumah rupernyer bertambah teruk..Hantar semula ke workshop dan tanya kenapa bertambah teruk kereta saya...Pomen kata kena buang angin dalam minyak power stering tu...Tapi apa yang saya lihat ialah...ruper nyer power stering saya elok tapi di tukar dengan yang rekon (kereta potong)...setelah saya perhatikan ruper nyer ada tanda cat berwarna biru muda bermakna barang potong kereta...Saya arahkan pomen tu pasang semula power stering kepunyaan saya, dan lepas pasang baru lah ok seperti sedia kala...Nasihat saya kepada penduduk sekitar Kajang...berhati hati bila servis kenderaan anda di Kedai ini....nama kedai Mine Auto And Tyre Services Sdn Bhd di Prima Saujana Kajang...
Admin : Orang bisnes, kalau dia nak menipu memang akan guna pelbagai taktik. Janji duit masuk kaw-kaw. Admin harap kita berwaspada sentiasa terutama sekali golongan wanita yang menggunakan kenderaan seperti Motorsikal dan Kereta. Sebelum nak repair di workshop, telefon dulu saudara mara yang tahu selok belok berkaitan dengan kenderaan ni. Paling tidak, ada juga langkah keselamatan yang kita boleh ambik sebelum duit melayang masuk ke poket si penipu macam kedai ini.
Sila kongsikan cerita ini kepada keluarga anda !
0 Komentar untuk "Mina Auto & Tyre Sdn Bhd Servis Teruk"