adsense Palestin. Dimanakah Kita Semua? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Palestin. Dimanakah Kita Semua?





Palestin merupakan salah satu identiti Umat Islam. Bumi Palestin adalah bumi para Anbiya' (Nabi-nabi) yang telah diutuskan untuk menyampaikan mesej Islam. Di sini terbinanya Masjidil Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling mulia selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Melakukan solat di Masjid ini adalah bersamaan dengan 500 kali solat di masjid yang lain. Kiblat pertama Umat Islam adalah di Palestin. Di bumi Palestin terdapat Baitul Maqdis yang merupakan pusat berlakunya Peristiwa Israk dan Mikraj.

Semasa Umar Al Khattab memasuki Wilayah ini, beliau telah mengistiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin sebagai sebahagian daripada tanah Wakaf dan hak milik Umat Islam sehingga generasi terkemudian. 

Kini, bumi Palestin sedang dijajah sedikit demi sedikit dan dihujani peluru berpandu setiap hari. Rakyat Palestin yang seagama dengan kita diancam, dizalimi, ditindas, dicaci, dihina dan dibunuh tanpa perikemanusian oleh Israel Laknatullah dan sekutu-sekutunya terutama Amerika. Yahudi menganggap Umat Islam Palestin seperti Haiwan Hidup. Rakyat Palestin kini bertarung nyawa setiap masa mempertahankan bumi suci dan bertekad melakukan apa sahaja. Bagi mereka ' Hidup biar mulia, mati biar Syahid'.

Dimanakah kita di saat Saudara seIslam dengan kita dan Bumi Suci Umat Islam sedang dinodai. Palestin adalah hak kita dan melambangkan kedaulatan Islam. Rakyat Palestin adalah ibarat satu jasad dengan kita. Kita tidak boleh berdiam diri dengan tidak berbuat apa-apa. 

Ayuh kita bersama dengan mereka. Bersolidariti dengan Palestin. Kita bantulah dengan apa sahaja yang termampu. Doa dan bantuan kita kirimkan untuk mereka. Jangan lupa Kuasa yang ada pada kita. Kita wajib bersama-sama memboikot barangan buatan Israel dan sekutu-sekutunya. Segalanya di tangan kita. Ayuh sahabat-sahabatku. 

Pray For Gaza.

Bingkisan Cikgu Mohd Ariff bin Abdullah
(Ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa/PSU1 DPPNK)
0 Komentar untuk "Palestin. Dimanakah Kita Semua?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info