Pembunuh Jejak Kaki Dalam Kaabah Menjelang Setahun Rabaah
Pembunuh nombor satu, Abdul Fatah As-Sisi buat pertama kali menjejakkan kakinya di Tanah Haram sejak ditabalkan sebagai Presiden haram Mesir (pilihan Zionis dan Amerika, bukan sokongan rakyat) beberapa hari lalu di saat rakyat Mesir akan memperingati setahun serangan kejam ala-Zionis terhadap rakyat awam yang tidak berdosa di dataran Rabaah dan Nahdhah 14 Ogos.
Layanan istimewa oleh kerajaan Saudi kepada pembunuh itu yang tidak diberikan kepada Presiden Mesir yang sah sebelum ini, Dr.Mohammad Morsi tatkala Morsi menziarahi Saudi 2012. Kita tidak ambil peduli sama ada As-Sisi dianugerahkan dengan pingat tertinggi Saudi atau As-Sisi menganugerahkan Ijazah Phd Al-Azhar kepada Raja Saudi itu tetapi bagaimana keistimewaan yang diberikan oleh pihak berkuasa Saudi kepada As-Sisi di dalam Masjidil Haram hingga diberikan kesempatan untuk memasuki ke dalam Kaabah yang mulia.
As-Sisi tidak berhak untuk mencium Hajarul Aswad kerana mulutnya penuh dengan penipuan dan pendustaan. As-Sisi tiada hak untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram yang penuh dengan dosanya, tangannya dan badannya yang bergelumang dosa yang amat besar.
Benar ulasan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Ali Qurrah Daghi di akaun Twitter beliau yang berkata, "Bagaimana si pembunuh (As-Sisi) boleh memasuki dalam Kaabah yang jika musnahnya ia (Kaabah) satu persatu maka ia lebih ringan di sisi Allah dari tumpahnya darah seorang Muslim sedangkan dia membunuh ribuan nyawa," yang merujuk kepada sepotong hadis Baginda Rasulullah SAW.
Sumber Facebook Page : Akhukum Abdul Malik
===================================================
0 Komentar untuk "Presiden Haram Mesir As-Sisi Menjalani Umrah"