adsense Projek As-Sisi Dibiayai Oleh Al-Azhar ? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Projek As-Sisi Dibiayai Oleh Al-Azhar ?


Al-Azhar Sumbang 250 Billion Untuk Projek As-Sisi?

Lama saya tidak mencoret mengulas isu di Mesir. Isu-isunya memang banyak tetapi tidak terkongsi di sini. Biarlah hari ini saya kongsikan satu daripadanya.

Sewaktu Presiden Mohammad Morsi memerintah beliau telah mengilhamkan satu projek mega yang dinamakan Projek "Pembangunan Semula Terusan Suez" yang menelan belanja billion Pound Egypt melibatkan beberapa buah wilayah iaitu Ismailiya, Port Said dan Suez. Projek ini bertujuan untuk menjana ekonomi Mesir yang bergantung kepada sumber kemajuan Terusan Suez yang purata setahun menyumbang tidak kurang USD1 billion untuk ekonomi. Dengan sebab ini juga negara Emeriah Arab Bersatu (UAE) memerangi Dr.Morsi waktu itu kerana apabila projek ini dijalankan maka para pelabur asing akan lari melabur di Mesir untuk projek Terusan Suez ini, tidak lagi melabur di Abu Dhabi atau Dubai. 

Namun, peranan yang dimainkan pembangkang melalui media-media yang memburukkan gambaran sebenar menyulitkan Morsi untuk melaksanakan projek tersebut apabila segelintir rakyat yang terpengaruh menentang projek berkenaan termasuk Barisan Penyelamat ketika itu. 

Selepas Morsi disingkirkan dan Mesir dikuasai oleh ketua kudeta, Abdul Fatah As-Sisi tiba-tiba As-SIsi mengumumkan projek yang sama dengan pengumuman Morsi itu. Rupanya As-Sisi terpaksa menciplak idea-idea pembangunan Morsi menzahirkan bahawa dia tiada agenda yang jelas untuk membangunkan negara. 

Isunya sekarang ialah sumber kewangan. Di mana kudeta ingin mencari dana berjumlah berbillion untuk ditempelkan namanya sebagai pencetus projek idea orang lain itu? 

Maka sekarang, antara mangsanya ialah Al-Azhar. Semua sedia maklum harta wakaf Al-Azhar amat banyak hasil bantuan dari pihak-pihak luar kepada institusi pengajian tertua di dunia ini. Itu Al-Azhar yang kita kenali sebelum ini. 

Setiausaha Majlis Tertinggi Al-Azhar, Mukmin Mutawali mengumumkan bahawa Al-Azhar meluluskan pelaburan 250 billion (Pound Egypt) untuk projek "Pembangunan Terusan Suez". Idea ini dilontarkan oleh Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Lebih menyedihkan dana ini diambil dari tabung kebajikan para pekerja dan kakitangan Al-Azhar yang digunakan untuk membantu urusan kebajikan kakitangan universiti ini. 

Apa yang dibimbangkan ialah mungkinkah kudeta pemerintah haram Mesir akan membayar semula dalam bentuk keuntungan atau apa jua bagi mengembalikan 250 billion itu ke tabung tersebut? Atau akan digelapkan oleh kudeta yang terpaksa dihalalkan oleh Syeikh Al-Azhar atas nama "pembangunan negara"?

Akhirnya yang terpaksa membayar kembali ialah para pelajar dengan kenaikan yuran dan sebagainya. Sebelum tahun 2005 yuran tahunan Al-Azhar hanya LE 2.50 (sekitar RM 1.50) kemudian naik mendadak hingga hampir 100 pound Egypt ketika ini. Mungkinkah akan berlaku kenaikan pada masa-masa akan datang jika dana LE 250 billion ini digelapkan oleh kudeta pimpinan Abdul Fatah As-Sisi? Tidak mustahil berlaku kerana Sisi dan menteri-menterinya "penyamun tarbus" dua kali lima dengan rejim Mubarak. Perdana Menteri Mesir sekarang, Ibraheem Mehlab adalah bekas anggota parti Mubarak, NDP. 

Kedua, bagaimana pandangan Timbalan Rektor Universiti Al-Azhar, Dr.Taufiq Nuruddin berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengurangkan jumlah pelajar yang tingal di Asrama Al-Azhar (atau Madinah Jamiyyah) kerana mendakwa 30 peratus bangunan rosak? 

Saya tidak ingin mengulas lanjut. Tapi kita menyaksikan Al-Azhar selepas rampasan kuasa di Mesir cahayanya kian malap. Yang memalapkannya bukan orang luar tetapi tangan-tangan di dalam itu sendiri.

Bagaimana pula kenyataan penuh provokasi Menteri agama kudeta Mukhtar Jumaah yang bertegas untuk 'membersihkan Al-Azhar' daripada Ikhwan Muslimin? Tidak cukup kerakusan mereka memecat ratusan para pelajar dari beberapa universiti termasuk Al-Azhar lebih setahun yang lalu. Sepatutnya menteri agama tugasnya menasihat dan merapatkan semua yang berlainan fahaman politik untuk disatukan bukan mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi sebegitu. Semua ini kerja nak cari pasal, cari musuh dan cari penyakit. 

Ditulis Oleh Akhukum Abdul Malik Via Facebook
0 Komentar untuk "Projek As-Sisi Dibiayai Oleh Al-Azhar ?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info