Kenangan bersama bekas Imam Masjidil Aqsa, Syeikh Mahmood Siyam sewaktu menziarahi Tuan Guru Ayah Chik di rumahnya setelah pulang dari Turki bulan Ramadhan lepas.
Setiap kali kedatangan Syeikh ke Malaysia, beliau pasti mencuri peluang untuk bertemu Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Dunia ini. Biasanya beliau tidak akan lupa membawa buah tangan yang terkenal dari Yaman iaitu madu sidr, penawar dari Al-Quran.
Ayah Chik ada bercerita tentang keadaannya semasa mendapat rawatan di Turki. Khabarnya sejurus mendapat tahu keadaan yang menimpa Ayah Chik, terus Syeikh Abdul Majid Zindani, Pakar Sains dan Kesihatan dunia Islam mengirimkan ubat khas yang diciptanya kepada Ayah Chik.
Rakan-rakan gerakan Islam dunia berebut mahu membantunya. Dr Hammam Said, Muraqib Ikhwan Muslimin Jordan siap berpesan beritahu saja berapa kosnya, dia akan selesaikan bersama ikhwah yang lain. Pasukan doktor yang merawatnya sampai menyediakan tabung pembiayaan kos perubatannya di ruang hospital. Ukhuwwah Ayah Chik dengan tokoh-tokoh Islam dunia amatlah rapat. Beliau kesayangan masyarakat dunia.
Beliau juga amat disanjung tinggi oleh ilmuwan lain dengan kehebatan ilmu dan pengalaman politiknya. Kata Syeikh Mahmud Siyam yang juga bekas Dekan Fakulti Sastera Universiti Gaza kepada rakan gerakan Islam lain menurut laporan majalah antarabangsa Wa'i al-Islamiy:
"Kalau kamu mahu belajar FEQAH, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi.
Kalau kamu mahu belajar POLITIK, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi.
Kalau kamu mahu belajar SEJARAH, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi."
Ya Allah, panjangkanlah umur Ayah Chik untuk terus memimpin PAS dan dunia Islam.
Ditulis Oleh Alang Ibn Shukrimun Via Facebook
0 Komentar untuk "Tuan Guru Haji Hadi Disegani Seluruh Ulama'"